View: 1131|Reply: 7
|
Budak 10 Tahun Mati Lompat Dalam Tasik Beku Nak Cuba Selamatkan Kawan Lemas
[Copy link]
|
|
Jack Johnson, 10, adalah seorang dari tiga kanak-kanak lelaki yang kehilangan nyawa selepas kumpulan anak kecil itu menghadapi situasi cemas di sebuah tasik.
Difahamakan suhu tasik itu berada di bawah paras beku memandangkan ia musim sejuk di kawasan terbabit.
Mangsa keempat yang hanya berumur enam tahun juga sedang bertarung nyawa di hospital ekoran dari tragedi itu yang berlaku di Babbs Mill Park di Solihull, Midlands Barat, England.
Foto: The Sun
Keluarga dan rakan Jack memberitahu bagaimana dia dengan beraninya bergegas untuk menghulurkan bantuan selepas mendengar jeritan mereka meminta tolong.
Ibu saudara Jack, Charlotte McIlmurray, mengatakan jack hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan nyawa rakannya walaupun keselamatannya sendiri sedang dalam risiko.
"Kanak-kanak berumur 10 tahun itu merupakan anak saudara saya.
"Dia nampak seorang rakannya terjatuh ke dalam tasik dan dia terus berlari ke arah mereka untuk cuba selamatkan.
Doa kami mengiringi keluarga lain yang anak mereka juga turut terkorban.
"Kami sangat sedih tetapi bila kami dapat tahu dia meninggal dunia untuk cuba selamatkan tiga nyawa yang lain, itu menunjukkan dia seorang yang berjiwa besar," katanya melalui satu hantaran di Facebook. -CARI
Sumber: mStar/ The Sun |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai dek...murninya hati kamu..
Tapintasik.beku kot...merbahaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni.. terkilan pula kenapa dia tak dapatkan bantuan orang dewasa, itulah ajal.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..kalau hdup n membesar mesti seorg yg berjiwa besar..prihatin pd nasib org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
takpela syurga kot bebudak lagi kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|