CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 0

Kenang Adibah Noor Dalam Lagu Takkan Terganti, Marcell Buat Ramai Penonton Tersentuh

[Copy link]
Post time 12-12-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Kenang Adibah Noor Dalam Lagu Takkan Terganti, Marcell Buat Ramai Penonton Tersentuh




Baru-baru ini, penyanyi Indonesia Marcell Siahaan telah mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Konsert yang dinamakan Marcell Dua Dekade itu menyaksikan persembahan yang luar biasa dari empunya badan biarpun sudah lama tidak menghiburkan peminatnya di Malaysia.

Konsert yang berdurasi dua jam itu juga menyaksikan seramai 1,600 penonton yang hadir tidak lekang menyanyi bersama sehingga konsert berakhir.

Bukan itu sahaja, Marcell yang terkenal dengan lagu bergenre R&B itu telah menyampaikan sebanyak 20 buah lagu dan berjaya memukau setiap penonton yang hadir menerusi persembahannya yang bertenaga.



Antara lagu yang dinyanyikan adalah Semusim, Firasat, Hanya Memuji, Peri Cintaku, Bahasa Kalbu, Jangan Pernah Berubah dan Sudahlah.

Malah, Marcell juga sempat mengenang Allahyarhamah Adibah Noor menerusi lagunya yang berjudul Takkan Terganti, sekali gus membuat ribuan penonton tersentuh dengan persembahannya pada malam tersebut.


  



Selain itu, konsert anjuran The Jay Events & Media itu turut menyaksikan beberapa selebriti tanah air yang hadir seperti Puter Aishah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Aisha Retno dan ramai lagi.

Sumber: Foto Ihsan dari Ahmad Sharu & Cipot


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.094174 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list