[Dunia]
Akibat insiden lempar kucing Pasukan bola Brazil telah terkena sumpahan kucing apabila mereka tumbang di tangan Croatia.Doa netizen jadi kenyataan!
Nampaknya pasukan Brazil telah terkena sumpahan kucing apabila mereka tumbang di tangan Croatia pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 Qatar sebentar tadi dalam satu aksi yang cukup dramatik dan menakjubkan.
Pada sidang media sehari sebelum perlawanan, pegawai media pasukan Brazil telah menghumban kucing secara kasar selepas kucing itu secara tiba-tiba naik ke meja sidang media, dan insiden itu mendapat liputan meluas daripada media di seluruh dunia.
Malah, ramai yang menganggap tindakan pegawai tersebut bakal mengundang ‘sumpahan kucing’ yang akan menyebabkan Brazil kalah dan ia ternyata menjadi kenyataan.
Dalam perlawanan tersebut, Croatia berjaya tumbangkan Brazil dalam penentuan sepakan penalti 4-2 sekaligus menempat tiket ke separuh akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.
Tidak dapat dinafikan Brazil adalah pasukan yang menjadi pilihan bukan sahaja untuk menang suku akhir tetapi juga menjadi pilihan untuk julang trofi Piala Dunia edisi kali ini berikutan mereka mempunyai skuad paling ampuh.
Kedua-dua pasukan bermula dengan seimbang apabila masing-masing sering melancarkan serangan demi serangan namun gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama.
Masuk separuh masa kedua Brazil terus menggandakan serangan tetapi barisan pertahanan Croatia sangat berdisiplin, manakala penjaga gol mereka Dominik Livakovic mempamerkan aksi yang cukup mantap untuk menggagalkan setiap percubaan.
Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada 90 minit perlawanan sehingga terpaksa diheret ke masa tambahan di mana Brazil akhirnya terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-105+1′ menerusi penyerang sensasi, Neymar.
Tersentap dengan jaringan itu, Croatia terus melancarkan serangan bertali arus pada separuh masa kedua masa tambahan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-116′ menerusi rembatan padu Bruno Petkovic.
Perlawanan berakhir dengan keputusan terikat 1-1 sekaligus mengheret ke penentuan sepakan penalti yang mana Livakovic sekali lagi menjadi wira buat skuad The Checkered Ones apabila menyelamatkan sepakan penalti Rodrygo dan penalti Marquinhos terkena palang telah mengesahkan kemenangan buat pasukan lawan
Post time 10-12-2022 03:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 11-12-2022 11:43 PM
Edited..
Lps den tgk semula video 2 3 kali..baru den nmpk jelas..die genggam bulu kucing..den ingt die pegang mcm biasa yg org pegang dileher..cehhh...padan muka ko..lgpun team ko skrg, lps era Ronaldo kaka Roberto carlos ronaldhino, semua hampeh... sekian terima kasih..
Post time 10-12-2022 04:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pegang kucing mcm menatang minyak yg penuh. Tak pernah layan mcm binatang. Aku dah tgk depan mata org yg kasar2 dgn binatang ni smpai hospitalised 3 bulan tangan dia lembik tak boleh gerak. Ada yg tangan mati dari bahu ke jari. Tapi tak nak potong sbb sayang. Ada yg lengan smpai masuk besi lepas bbrp hari kejadian.
Jgn meremehkan2 taraf binatang kata tak kasar wpun dgn alasan binatang ni survivor. Hati kau keras mati - - kalau kau rasa benda tu normal.