Dalam hasil kajian yang diumumkan beberapa tahun sebelum ini, perubahan iklim global mungkin menyebabkan kota Jakarta dan 115 pulau lain di Indonesia tenggelam, manakala wilayah Kalimantan dianggap paling selamat jika ibu negara republik itu terpaksa dipindahkan.
Di Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai video yang memaparkan paras air laut di Jakarta dikatakan semakin meningkat sehingga merisaukan penduduk di Indonesia.
Twitter
Seorang pengguna TikTok berkongsikan beberapa klip video menunjukkan bukti beberapa kawasan mengalami peningkatan air deras yang mendadak disebabkan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
Klip-klip video yang dikongsikan itu menjelaskan lagi sebab utama kerajaan di Indonesia sebelum ini ada mengatakan bahawa mereka akan menjadikan ibu negara Kalimantan sebagai Bandar Nusantara pada 2030.
Darurat iklim itu merisaukan orang ramai kerana kebarangkalian untuk ibu negara Indonesia itu tenggelam sepenuhnya sebelum tahun 2030 selepas melihat peningkatan paras air yang semakin membimbangkan.
Kredit foto ; Reuters/Fauzan Ijazah
Terdahulu, satu laporan memaklumkan bahawa tembok konkrit yang dibina sepanjang 24 kilometer semakin merekah dek kerana arus air yang deras menyebabkan air mula memasuki kawasan yang berisiko tinggi untuk mengalami banjir.
Selain Indonesia, beberapa bandar-bandar utama di Malaysia didakwa bakal 'lenyap' kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050. - CARI
hani nadia must be an idiot
jakarta is sinking
the land is sinking
Less than half the city's population has access to piped water, and the Illegal extraction of groundwater – both by businesses and the public – has caused subsidence, with some parts of northern Jakarta sinking four metres in the past twenty years
Post time 10-12-2022 10:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apabila negara tinggi population focus java island saja untuk generate economy...mass migration akan berlaku... Akan berlaku juga kepada penang... Singapore dan hong kong slowly akan ikut juga... So far jakarta paling cepat....
AbukRokok: hani nadia must be an idiotjakarta is sinkingthe land is sinking Less than half the city's population has access to piped water, and the Illegal extra ...
yup , ada teori mengatakan jakarta cepat tenggelam sebab aktiviti cari gali air bawah tanah gerudi. kat malaysia ada satu negeri champion gerudi air bawah tanah kerana masalah air paip nya. kalau air utama xjalan buka kepala paip kedua sedut dari dalam tanah.
AbukRokok: hani nadia must be an idiotjakarta is sinkingthe land is sinking Less than half the city's population has access to piped water, and the Illegal extra ...
yup , ada teori mengatakan jakarta cepat tenggelam sebab aktiviti cari gali air bawah tanah gerudi. kat malaysia ada satu negeri champion gerudi air bawah tanah kerana masalah air paip nya. kalau air utama xjalan buka kepala paip kedua sedut dari dalam tanah.
kat sabah yang tak tenggelam hanya dua je. mount kinabalu dan balan2 kalau ikut kajian geografi sabah serawak dan block kalimantan lambat lagi tenggelam berbanding semenanjung malaysia yang confirm2 akan tenggelam.