CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 8

Gaji Pemain Berstatus Pinjaman Pun MUFC 'Sakau' Sekali

[Copy link]
Post time 9-12-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bukan saja gaji tidak dibayar, malah difahamkan gaji pemain berstatus pinjaman juga di 'sakau' oleh Melaka United FC (MUFC) apabila pemain yang dipinjamkan langsung tidak menerima sebarang pembayaran, meskipun ia dibayar oleh pasukan lain.


Luahan itu dibuat pemain MUFC, Faizal Talib yang dipinjamkan ke Penang FC di mana gaji yang dibayar oleh skuad Harimau Kumbang itu tidak diterimanya hingga menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang keliling pinggang.


Difahamkan, Faizal antara pemain MUFC yang dipinjamkan ke pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia musim ini.










Berdasarkan perjanjian pinjaman antara kedua-dua pasukan, Penang FC perlu membayar gaji pemain namun ia perlu dikreditkan ke akaun majikan asal iaitu MUFC yang kemudiannya akan menyalurkan duit berkenaan kepada pemain terbabit.


Tetapi sebaliknya berlaku apabila Faisal mendakwa dia langsung tidak merasai gaji yang dibayar Penang FC, dan situasi makin parah apabila MUFC cuba lari dengan tidak mengendahkan tuntutan pemain itu.


"Tanya pasal gaji terus kena 'block'..ehh apa kelakau (kelakar) ini, saya salah tanya ke, bukan tanya gaji Melaka pun, saya tahu tengah ada masalah, saya faham saya cuma nak gaji 'loan' saya tu saja.


"Janji nak kasi tapi sampai sekarang satu pun tak ada. Macam-macam kena bayar. Awak sendiri janji nak kasi lepas balik Malaysia, tengok-tengok terus senyap. Elok je saya dengan awak hormat apa semua, tapi awak buat macam ini.


"Saya cuma nak gaji 'loan' saya tu ja. Takpe lah kalau awak nak pakai dulu, nanti dah ada bagi balik tau nak pakai sangat ini, nak bayar duit kawan-kawan saya. Sekian terima kasih," kata Faizal di laman story Instagram miliknya.


Rintihan pemain itu kemudiannya disambut bekas pemain kebangsaan Razman Roslan yang turut kecewa dengan senario yang berlaku itu.


Razman yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengakui terkejut apabila duit gaji yang dibayar pasukan lain turut disapu oleh MUFC.


"Budak ini main Melaka dan di loan ke Penang. So Penang masukkan gaji ke akaun Melaka United FC dengan harapan Melaka United FC bayar lah ke pemain ini.


"Tapi rupanya tidak. Ingatkan tak bayar gaji ja, rupanya duit orang pun sapu jugak," kata Razman.


Terdahulu, penyertaan Melaka United FC dalam saingan Liga Malaysia musim depan dibatalkan selepas gagal meraih lesen kebangsaan susulan isu tunggakan gaji membabitkan pasukan sejak Jun lalu yang tergantung tidak bertali hingga ke hari ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde duit berkoyan..tak payah la buat kelab bola...lagi afdol buat kelab dondang sayang jer..untung2 ada show kat majlis kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:35 PM | Show all posts
jenuh keje tak bergaji....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 04:02 PM | Show all posts
Belibis replied at 9-12-2022 03:25 PM
Kalau takde duit berkoyan..tak payah la buat kelab bola...lagi afdol buat kelab dondang sayang jer.. ...

kelab dondang sayang?
untung2 dipanggil nek ani
x scam dh kot




Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 04:07 PM | Show all posts
negeri2 kerdil lain pernah jgk naik dan menang cup dlm liga msia ni..mcm brunei,perlis,n9,penang..mufc ni mmg apa pun tkde..br nk up dh mcm2 isu ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:04 PM | Show all posts
Isu gaji pemain bola sepak ni dah berkurun lamanya. Boleh kata tiap2 negeri pemain ada masalah gaji.

Kalau kata takde penaja, peminat tak support beli tiket...tak payah dah la diteruskan bola sepak dekat negara ni.

Buat apa teruskan sukan yg tak memberikan untung. Kesian gaji tak dapat.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2022 05:07 PM | Show all posts
orang melaka memang lahabau. orang negeri sembilan memang menyirap je dengan orang melaka. orang melaka memang pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya gaji juratih kelab2 ni terlampau tinggi sampai nk cover gaji penain pun tak lepas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 08:26 PM | Show all posts
Edited by brego at 9-12-2022 08:32 PM

"liga super" malaysia ni setaraf dengan liga jepun divisyen ke 3 jer.
tak layak di panggil super pun.

salary overpaid, tak padan dengan quality player dan market yg kecik

tapi itu lah, kalau tak naikkan gaji,
star player satu malaysia habis kena borong dgn kelab bangsa J yg ada sugar daddy

bila player kelab J di panggil sarung jersi negara utk main AFF,
sugar daddy tak bagi,
bagi alasan player dia dah penat main untuk kelab J dalam Asian Chumps League

kelakar bola malaysia ni. macam badut sarkis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.334862 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list