CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 12

Jijiknya, Hampir Termalan Kue Teow Goreng Ayam Berulat

[Copy link]
Post time 9-12-2022 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Kluang: Hasrat tiga sekeluarga untuk menjamu kue teow goreng ayam yang dipesan terbantut selepas menemui ulat pada ayam goreng berkenaan.


Pada kejadian tengah malam kelmarin, suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 46, berkata, selepas aduan dibuat terhadap pekerja restoran yang terletak dekat pusat bandar itu, pengurusan restoran menawarkan gantian hidangan baharu.


Katanya, bagaimanapun mereka enggan menerima pelawaan itu dan tidak mahu membayar harga makanan berkenaan.


Foto: Harian Metro




"Saya, suami dan anak memesan menu mi segera goreng, roti kosong dan kue teow goreng ayam selain milo ais, kopi o dan teh panas.


"Sebaik hidangan kue teow tiba di meja, saya dan anak mahu menjamahnya namun sebaik dikuis, anak mengatakan ada ulat.


"Seorang pekerja tempatan kemudiannya mengambil makanan yang berulat itu dan menawarkan hidangan baharu tetapi suami menolaknya," katanya dihubungi.


Hasnah berkata, mereka bagaimanapun meneruskan menjamu hidangan lain sebelum pulang.


Katanya, mereka hanya dikenakan bayaran RM8 untuk makanan dan minuman.


"Saya hanya sempat mengambil gambar makanan berulat itu dan nama restoran tetapi tidak meneruskan laporan kepada agensi berkaitan kerana tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.


"Saya meminta bantuan pihak lain bagi menghebahkannya di media sosial supaya orang ramai berhati-hati jika makan di restoran itu," katanya.


Katanya, ia kali pertama mereka berdepan masalah itu sepanjang lebih lima kali makan di restoran berkenaan.


"Sebelum ini tiada masalah pun. Persekitaran tempat makan pun tiada haiwan seperti tikus atau serangga seperti lipas," katanya.


Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang yang juga Pegawai Kesihatan Daerah Kluang Dr Linayanti Rosli berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun RM200 terhadap pemilik restoran berkenaan atas kesalahan yang dilakukan di bawah Peraturan 32 iaitu pakaian pengendali makanan.


"Unit penguatkuasaan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang telah membuat pemeriksaan dan tidak menemui ayam yang berulat.


"Bagaimanapun, dua kompaun dikeluarkan di bawah Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 02:59 PM | Show all posts
ewwwwww
ayam tu udah lama sgt le kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtulis pun nama kedai
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Termalan tu apa? Capmelan ke? Termalan tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes mcm ni tak perlu lah bayar...terus blahhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Gross yakmat! Baki ayam tak habis semalam bawak ke hari ni kerrrrr? Begitu cara kedek sangat nak berniaga pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai mamak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda $200..lepas tu kedai beroperasi seperti biasa? Ada kedai makan tu kena seal 2 minggu   atas sebab kebersihan.
Kalu turun kluang, rasanya kedai nie terletak dekat bulatan yang ada jam besar.di uruskan oleh rohingya.isu kat bukan setakat kebersihan ..lebih dari itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamak lettew
Ada roti kosong bagai
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentin aiol dulu ada kes pau baru masak berulat. Makcik tu tuduh ada orang sihirkan dia. Iyo2 je. Padehal dia yang kuat main sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 08:05 AM | Show all posts
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 08:06 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.879665 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list