CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1857|Reply: 3

Pernah Disebut Mirip Engku Aleesya, Chelsea Islan Selamat Bernikah

  [Copy link]
Post time 9-12-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Pernah Disebut Mirip Engku Aleesya, Chelsea Islan Selamat Bernikah


Pelakon dari Indonesi Chelsea Islan secara rasmi berkahwin dengan jejaka pilihannya Kardinal Rob Clinton, hari ini Khamis (8/12/2022). Wajah Chelsea pernah disebut mirip dengan anak perempuan Erra Fazira, Engku Aleesya oleh peminat mereka di Indonesia.

Untuk info, Chelsea Islan dan Rob Clinton mengikat tali pertunangan di Gereja Katedral, di Jakarta pada Oktober yang lalu.


Hari ini Chelsea Islan dan Cardinal Rob Clinton mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup. Menerusi gambar-gambar yang tersebar,  selepas upacara restu perkahwinan, pasangan ini terus menuju ke kereta mewah Rolls Royce berwarna hitam.





Sementara itu, daripada salah satu muat naik Instagram rakan Chelsea, Darrel Jowono, @darejow menunjukkan Chelsea kelihatan anggun memakai gaun putih di dalam gereja. Sementara itu, Rob Clinton berpakaian sut krim.



Perarakan perkahwinan Chelsea diiringi alunan lagu rohani bertajuk “Touch My Heart.” Untuk makluman, hubungan Chelsea Islan dan Rob Clinton mula diketahui umum pada tahun 2019.




Ketika itu, mereka berdua sedang menikmati percutian bersama di Singapura. Mengenai hubungan mereka, mereka mula didedahkan pada tahun 2020. Mereka dilihat berswafoto bersama di Instagram.

SumbeR:
https://murai.my/2022/162032/per ... n-selamat-bernikah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Best dia berlakon dlm filem rudy habibie...cantik sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 03:50 PM | Show all posts
suka tgk dlm cite sebelum iblis menjemput.. lakonan bagusnya lah. nak banding dgn lakonan ramai plakon kt msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:24 PM | Show all posts
Cantik sangat dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.064861 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list