View: 5628|Reply: 41
|
"Encik H Berjaya Jinakkan Saya," Bakal Suami Reen Rahim 6 Tahun Lebih Muda, Dapat Tajaan Kahwin RM15 Juta
[Copy link]
|
|
Diam-diam sahaja rupa-rupanya Reen Rahim nak kahwin dengan Encik H pada penghujung tahun ini.
Bakal suaminya itu enam tahun lebih muda daripadanya dan bergelar seorang ahli perniagaan serta penggiat seni.
Foto: IG
"Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini. Kami sudah berkawan hampir dua tahun dan dia enam tahun lebih muda daripada saya.
"erkahwinan tiada dalam agenda kami kerana tidak mahu terikat dengan komitmen tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.
"Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat," katanya kepada mStar.
Setakat ini dia belum bersedia mendedahkan identiti bakal suami serta tarikh pernikahan mereka kepada umum.
Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.
Reen tertarik dengan Encik H kerana jejaka tersebut mempunyai sifat penyayang selain mampu mengawal dirinya yang sentiasa aktif.
Bakal suaminya itu membuatkan dia mahu bergantung kepada seseorang dan perkara itu tidak pernah dirasai sebelum ini kerana dia seorang wanita berdikari.
"Dia ada pengalaman jadi babysitter, saya pula jenis 'kanak-kanak riang', tak semua lelaki boleh tahan dan jinakkan saya.
"Saya pula jenis berdikari tetapi dengan Encik H saya mahu dikawal dan dia berjaya berbuat demikian."
Reen juga menerima tajaan perkahwinan bernilai RM15 juta.
Mengikut perancangan awal, Reen berkata, dia hanya mahu mengadakan satu majlis kenduri sahaja namun memandangkan banyak pihak sudi menaja, mereka memutuskan untuk menganjurkan tiga acara berbeza iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.
"Kesemua majlis ini akan diuruskan oleh rakan-rakan saya sendiri merangkap pengurus majlis kerana mereka tidak mahu saya tertekan memikirkan tentang persiapan.
"Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis itu nanti," katanya.-CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
#bakalsuamimudakauada agitteww kah |
|
|
|
|
|
|
|
H siapa chuols? Adakah hairul laki keknis terpaling urban?? |
|
|
|
|
|
|
|
makcun14 replied at 8-12-2022 06:15 PM
H siapa chuols? Adakah hairul laki keknis terpaling urban??
Hahaha. Mane mungkin die. |
|
|
|
|
|
|
|
deme ni bukan main petik belas2 jota… hahaha… kalah jotawan2 kawen… |
|
|
|
|
|
|
|
Alhmdulillah nk kawen dh.lepasni xyah brlakon la reen.xyah hadap pelakon lelaki perasan terpaling popular & trpaling experienced lagi.tenang sikit hati |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kereta nombor plate biru maksudnya apa? loan bank ke? atau loan koperasi? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow berjaya jinakkan...kemain |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh lah H itu baiki atap Rumah Mak dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
makcun14 replied at 8-12-2022 06:15 PM
H siapa chuols? Adakah hairul laki keknis terpaling urban??
Hamid kot? Soalan serious hun haqeem bebibu jekfer |
|
|
|
|
|
|
|
Oh.. Yg fezrol kata boipren stunt man ittiew la gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Tajaan 15juta, yang rm14.5juta tu tajaan barangan kemas dari Rafflesia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa jemput fezrul khan |
|
|
|
|
|
|
|
15 juta, Pastu tgok nti sendu je hahahaha
15 juta kene lg wow dr sabahan millionaires aritu tauuuuu
Klo setakat harga baju ltk sendiri smpi 2 juta xyh la ckp
Hahahaah |
|
|
|
|
|
|
|
Ko kucing ke dik nak kene jinak jinak ni? Ke ko kambing...embekkkk..ke kuda.belang....hikkkk erkkkk(bunyi kuda belang dik... kehkehkeh) |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Ok je dia ni. Comel2. Gedik2. Tapi tak perasan cantik. Tapi dia cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85 replied at 8-12-2022 10:56 PM
Alhamdulillah. Ok je dia ni. Comel2. Gedik2. Tapi tak perasan cantik. Tapi dia cantik.
Betul. Sheols ni cantik sepatutnya lebih mendonia daripada mira basic |
|
|
|
|
|
|
| |
|