CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 7

Cadangan Kupon Minyak Masak Dibincangkan Minggu Depan

[Copy link]
Post time 7-12-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan penetapan harga melalui sistem dua peringkat dan kupon pembelian minyak masak peket bersubsidi bakal dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, wujud cadangan memperkenalkan sistem kupon kepada golongan B40 dan peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) untuk membeli minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg).


Sebaliknya kata beliau, perkara itu perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada masa terdekat dan sekiranya dipersetujui, kemudian baharu dilaksanakan dengan meneliti dan mengemaskini data golongan berkelayakan menikmati program berkenaan.




Gambar hiasan - Warta Rakyat




“Pelaksanaan harga minyak masak dua peringkat yang dicadangkan MPOB ini akan diperincikan dan mengambil kira semua aspek.


“Cadangan kupon pula telah dikemukakan menteri sebelum ini tetapi masih belum dilaksanakan. Jadi kedua-dua cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL,” katanya selepas Seisi Libat Urus Menteri bersama MPOB dan Pemain Industri Minyak Masak di Putrajaya.


Sesi itu bertujuan mengenali dengan lebih dekat pemain industri, memahami permasalahan serta mendapatkan data penting sebelum dasar-dasar serta gerak kerja yang inovatif dapat dibangunkan dalam meningkatkan prestasi industri ini di samping membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.




Sebelum ini, Salahuddin dilaporkan akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi hari ini bagi mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut.


Menyifatkan sesi libat urus itu sebagai suatu perbincangan terbuka antara kementerian dan pemain industri, Salahuddin yang juga urus setia NACCOL berkata cadangan yang dikemukakan amat berguna dan akan dicerakinkan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.


“Ini bagi memastikan situasi menang-menang dapat dihasilkan kepada pengilang, peniaga dan pengguna,” katanya.


Pada mesyuarat 27 November lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.




Sumber: UTUSAN








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 05:15 PM | Show all posts
beli minyak guna kupon lah ehh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah kupon tu mcm kupon pertandingan gores dan menang…bila dapat hadiah terus lompat2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga barang masakan confirm naik lepas ni. Selama ni kaka perasan ada penjual beli minyak paket dan restock dalam botol minyak masak besar

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Open to pati² jgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sudah-sudahla rakyat msia guna minyak byk dlm makanan. grill sudah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2024 08:12 AM | Show all posts
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 08:13 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.046940 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list