CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 10

[Politik] Anwar hanya dibayar RM1 sebagai penasihat ekonomi Selangor

[Copy link]
Post time 7-12-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pegawai MB jawab Muhyiddin: Anwar dibayar RM1 sebagai penasihat ekonomi

Diterbitkan:  Dec 7, 2022 1:15 PM




Pejabat Menteri Besar Selangor menyangkal dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dibayar RM15 juta untuk berkhidmat sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, berkata kerajaan negeri Selangor, termasuk Menteri Besar ketika itu Khalid Ibrahim, telah berulang kali menyangkal dakwaan ini di dewan undangan negeri (DUN).

Tambahnya, ketika berkhidmat sebagai penasihat, Anwar hanya dibayar simbolik RM1 setahun.


Juwairiya Zulkifli, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

"Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan. Beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM 1 tersebut.


"Perkara ini telah jelas tertera dalam Hansard DUN menerusi jawapan kepada soalan oleh ahli dewan negeri.

"Dengan mengitar semula rekaan yang tidak berasas ini menunjukkan keterdesakkan dan kemuflisan modal politik Perikatan Nasional (PN) dalam usaha kempen mereka setelah gagal membentuk kerajaan persekutuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin dikatakan membuat tuduhan itu semasa berkempen untuk calon PN sebelum pilihan raya Padang Serai hari ini.


Beberapa klip video Muhyiddin berhubung dakwaan itu keluar di media sosial. Malaysiakini sedang mendapatkan komen daripada pejabat Muhyiddin.


Pada 2011, Adun Sungai Burung ketika itu Dr Mohd Khir Toyo mengemukakan soalan melalui badan perundangan untuk mendapatkan butiran mengenai kos mengekalkan kedudukan Anwar, sambil menyatakan bahawa gaji Anwar ialah "RM1 sebulan".

Susulan itu, kerajaan Selangor menjawab antara Jan dan Jun 2011, pejabat penasihat ekonomi itu telah membelanjakan RM258,162.

DUN juga diberitahu bahawa tiada satu pun perjalanan Anwar ke luar negara antara Nov 2009 semasa dia dilantik sehingga Julai 2011 melibatkan dana negeri.

Apabila Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar pada 2014, Anwar terus berkhidmat sebagai penasihat ekonomi.

Dalam sidang DUN yang sama, Adun Seri Serdang Mohamad Satim Diman pernah bertanya apakah kesan yang dibawa oleh Anwar melalui peranannya.

Kerajaan negeri menjawab bahawa pandangan Anwar dimasukkan dalam reformasi pengurusan tanah berhubung hak pendudukan tanah buat sementara waktu.

“Melalui kaedah baharu ini, rakyat hanya perlu membayar yuran pemprosesan RM1,000 untuk terus menetap di atas tanah dan menerima hak milik, sedangkan pada pentadbiran sebelum ini, mereka akan membayar berpuluh ribu ringgit,” kata kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tapi tapi orang yang pernah kerja ngan bangnon tahu bangnon tak pandai sangat nombor2 nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-12-2022 04:51 PM
Tapi tapi tapi orang yang pernah kerja ngan bangnon tahu bangnon tak pandai sangat nombor2 nih

Kalau tak pandai mcm mana beliau penah dapat title menteri kewangan terbaik Asia??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:02 AM | Show all posts
Abahmung replied at 8-12-2022 05:27 PM
Kalau tak pandai mcm mana beliau penah dapat title menteri kewangan terbaik Asia??

uols pernah kerja dengan anwar ke?

https://b.cari.com.my/forum.php? ... amp;fromuid=1529197
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:22 AM | Show all posts
Bukan nak duit. Tp nak kuasaaaaa... sebab apa nak kuasaaaaaa..... sebab nak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:36 AM | Show all posts
kerja ikhlas kerana rakyat dan negara tanpa mengharapkan harta dan wang ringgit.terbaik DSAI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2022 08:39 AM | Show all posts
Radzor replied at 9-12-2022 08:22 AM
Bukan nak duit. Tp nak kuasaaaaa... sebab apa nak kuasaaaaaa..... sebab nak

..sebab nak selamatkan Msia drp terus dirosakkan.


PM10 be like..










Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 09:02 AM | Show all posts
cuba bg tgk transaksi yg singgit tu nak tgk jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 09:23 AM | Show all posts
mcm tebus talak retis tu jek, RM1

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
PN ni kalau nak buat tuduhan apa2 sediakan la bukti berdokumen ke..money trail ke..ni pakai air liur je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nasihat singgit bangnon share la sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.304432 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list