CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

Red Bull tidak payah berangan untuk dominasi F1

[Copy link]
Post time 7-12-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode

WOLFF menjangkakan pasukan Red Bull tiada kemampuan mengulangi pencapaian Mercedes yang memenangi kejuaraan kategori pengeluar sebanyak lapan kali berturut-turut.


Red Bull tidak payah berangan untuk dominasi F1


BRACKLEY – Ketua pasukan Mercedes AMG Petronas, Toto Wolff memberi amaran kepada seteru utama, Red Bull Racing bahawa pasukan itu tidak mampu untuk mendominasi saingan Formula Satu (F1) bagi tempoh yang lama.

Beliau menganggap peraturan had kos yang ditetapkan dalam perlumbaan itu bakal menjadi penghalang untuk Red Bull me­ngulangi pencapaian Mercedes memenangi kejuaraan kategori pengeluar sebanyak lapan kali berturut-turut.

Perubahan drastik dalam peraturan perlumbaan bagi sai­ngan 2022 menyaksikan Mercedes berdepan kesukaran sehingga menyebabkan pasukan itu sekadar menamatkan kempen di kedudukan ketiga di belakang Red Bull dan Ferrari.

“Ini adalah kejohanan yang berkait dengan banyak perkara. Peraturan had kos yang ditetapkan bakal menyaksikan kejutan demi kejutan mungkin berlaku dan inilah yang perlu ada dalam perlumbaan F1.

“Bukan satu atau dua, mungkin lima pasukan memiliki peluang untuk mencabar kejuaraan dunia. Lanskap perlumbaan sudah berubah dan saya tidak fikir ada pasukan mampu memenangi kejuaraan dunia secara berturut-turut selepas ini,” kata Wolff.

Pada masa sama, beliau gembira kerana Mercedes memiliki lebih banyak masa untuk melakukan ujian terowong angin dalam usaha mereka menghasilkan jentera terbaik bagi saingan musim depan.

“Sekarang lebih sukar kerana kami tidak boleh berbelanja le­bih untuk dapatkan keputusan segera. Bagaimanapun, kami ada banyak masa untuk buat ujian dan diharapkan Mercedes akan kembali berada di depan,” ujar­nya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -untuk-dominasi-f1/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.084232 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list