View: 2221|Reply: 2
|
‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai? Katanya Makin Cantik & Tinggal Di Luar Negara…
[Copy link]
|
|
Agaknya Apa Khabar ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai? Katanya Makin Cantik & Tinggal Di Luar Negara…
Bila dah dewasa, wajahnya pun dah macam Kajol pula. Peminat filem blockbuster Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai pasti familiar dengan watak kanak-kanak ‘Anjali’. Walaupun filem ini ditayangkan pada 24 tahun yang lalu, tak dinafikan Anjali masih lagi popular sehingga sekarang.
Anjali atau nama sebenarnya Sana Saeed, kini berusia 33 tahun dan telah menjadi seorang wanita yang memiliki rupa paras yang cantik serta bakat yang luar biasa.
Sekadar info, Sana bukan sahaja aktif sebagai seorang pelakon dari sejak kecil lagi. Malah dia turut aktif dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Karier Sana sebagai seorang pelakon bermula ketika dia berusia 8 tahun lagi apabila mula membintangi filem pertamanya iaitu Kuch Kuch Hota Hai. Selepas daripada filem tersebut, dia turut membintangi filem hit lain seperti Badal, Har Dil Co Pyar Karega dan School of The Year.
Manakala bidang pengacaraan pula, Sana pernah menjadi hos rancangannya sendiri iaitu MTV Splitsvilla Sexy Sana Show pada tahun 2013.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aaaaaa budak comel ni... mesti laa igt smp skrg.. comel, pndai berlakon, tak sangka dah besar pun cantik.. dah 33 taon ke dia? oh my.. tua nya iols |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dia ni..rupanya tak la jauh beza umur ngan anjali ni..belum tahap kertu lagi meols |
|
|
|
|
|
|
| |
|