View: 611|Reply: 7
|
Wanita Lakukan Kelainan, Salin Ayat Suci Al-Quran Atas Lembaran Sutera
[Copy link]
|
|
Seorang seniman asal Azerbaijan berfikir di luar kotak dan memilih untuk melakukan sesuatu yang berlainan.
Wanita yang juga pelukis, Tunzale Memmedzade berjaya merealisasikan impiannya dengan menulis semula al-Quran di atas lembaran kain sutera.
Tunzale melakukan perkara itu selepas mengetahui al-Quran sebelum ini belum pernah ditulis semula di atas lembaran sutera.
Dia menggunakan warna keemasan untuk membentuk tulisan kaligrafi yang dilakukannya sendiri.
Lembaran sutera berukuran 11.4 x 13 sentimeter itu kelihatan indah dan mempesona lebih-lebih lagi apabila warna emas yang digunakan kelihatan menonjol serta menyerlah.
 Deen Post
“Saya ingin melakukan sesuatu kelainan daripada biasa. Saya menyalin ulang al-Quran sesuai yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Negara (Azerbaijan),” katanya.
Kaligrafi tulisan Tunzale turut mendapat pujian ramai dan menarik perhatian pendakwah dari beberapa negara lain.
Perkara itu secara tidak langsung menjadi inspirasi buat mereka yang optimis dan kreatif untuk melakukan perkara berbeza berbanding kebiasaan.
Dalam pada itu, al-Quran istimewa tersebut dipamerkan bagi tontonan umum dengan bertajuk The Art of The Qur’an: Treasures di Muzium Kesenian Islam Turkiye.
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
wah... cantik betul [em:17:] suka tgk karya2 seni cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
cantikk tuu..btw azerbaijan tu tmpt yg i teringin nk pergi tp xberkesempatan lg |
|
|
|
|
|
|
|
Keindahan al-Quran bukan pada emas dan suteranya, tetapi pada dirinya sendiri dan pembacanya. |
|
|
|
|
|
|
|
macam xde baris je, camna nak baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 9-12-2024 08:36 AM
edayildiz replied at 6-12-2022 09:39 PM
cantikk tuu..btw azerbaijan tu tmpt yg i teringin nk pergi tp xberkesempatan lg
Ya, diorang bangsa Tatar...bangsa Tatar majoriti Islam..bertebaran sehingga ke Russia.
Jirannya Georgia beragama Kristian.
Aku suka kebudayaan Tatar...penternakan dan kehidupan desa orang Tatar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|