CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 829|Reply: 19

[Tempatan] 'Mat Sabu hanya umum langkah import telur, bukan turun harga'…pulak dah, dicapati lagi ka???

[Copy link]
Post time 6-12-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

"Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar, bukan untuk menekan pengusaha industri tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.

"Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula selepas bekalan tempatan kembali stabil. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah, hari ini.

Anwar berkata, langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikeluarkan Mohamad hari ini, langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Ketua Setiausaha kementeriannya juga sudah diarah menilai kesan import terhadap industri telur ayam tempatan dan Agrobank akan mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini.

"Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Mengulas mengenai penggunaan telur ayam dalam pasaran tempatan, Mohamad berkata, telur ayam adalah makanan harian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar purata pengambilan 968 juta biji telur ayam sebulan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1036090/mat-sabu-hanya-umum-langkah-import-telur-bukan-turun-harga

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah…
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:33 PM | Show all posts
aik kalo dah import, surely la harga tinggi sikit dari local

so mana yg kata harga nak bagi murah sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bang mat x paham tugasan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena sebijik rakyat jelata…dusyum
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok bang mat..biar padan muka kartel telo..biar telo depa busuk sebusuk perangai depa suka hijack harga
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:48 PM | Show all posts
Good idea, telur nie consider as fast moving juga, tak dapat nak stock lama lama kat kedai. By importing telur pembekal tempatan tak dapat nak sorok kan lagi stock dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang supply, jadi solution nya mmg kena tambah supply.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa laa diharap pd Mat Sabu ni...serba serbi kekurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 dah munafik
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 6-12-2022 06:33 PM
aik kalo dah import, surely la harga tinggi sikit dari local

so mana yg kata harga nak bagi murah s ...

Haha.bukan ritu mmg langkah yg diambil oleh mafi jgk...import ayam..dah tu kartel ayam n telur suka sgt memain sembunyi2 telur ni...but rs short term.measure till rege bekalan n rege stabil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Egg and egg fighting omelette will suffer…
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:26 PM | Show all posts
Wahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Telor pakat2 nyalak.. hasil judi buat2 lena. Dappp.. telan sajor
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:39 PM | Show all posts
Isu telor lebih besor dari dosa telan hasil judi... relaks ah tuhan bukan nampak




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa lama telur import tu leh sampai ..fresh lagi ke..berhati2 lah makan telur takut telur tiruan yg banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 10:49 PM | Show all posts
Edited by brego at 6-12-2022 10:51 PM

haii, malaysia yang jadi top 5 negara pengeksport telur donia,
pun nak kena import jugak ker?

mana pi telur yang produce kat sini,
export ke singapork ker?

memang jilake punya kartel



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 6-12-2022 10:57 PM

You cannot ensure the flow of supply macam mana ko nak kawal harga? Sebab iteww ada tuntutan utk pastikheun  supply chains of eggs dari berbagai pihak...imports if need to

Kimarkkk betul ler lu org ni....

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik2 import penyeleaaian jangka pendek.
Apa pula penyelesaian jangka panjang? Cny hujung bulan satu, raya hujung bulan april.


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kartel tak takut kat Mat Sabu & Pak Non?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.123057 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list