CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2764|Reply: 40

[Tempatan] Syarikat keluarga turut terbabit penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion PN

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat keluarga turut terbabit penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion PN

https://www.bharian.com.my/berit ... -perbelanjaan-rm600

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Disember 6, 2022 @ 11:07am
fidahruzki@bh.com.my



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya tidak mencabar beliau dalam isu membabitkan dakwaan penyelewengan peruntukan antara RM580 hingga RM600 bilion oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Anwar ketika sidang media pertamanya selepas dilantik Menteri Kewangan hari ini, memaklumkan terdapat beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi semasa pemerintahan PN.

Beliau juga mendedahkan bahawa syarikat yang mempunyai kepentingan 'membabitkan keluarga' turut terbabit dalam penyelewengan perbelanjaan itu.

"Kontroversi angka ini (antara RM580 hingga RM600 bilion) dimainkan semasa kempen PRU15 kononnya kerajaan dahulu membelanjakan wang begitu banyak untuk rakyat.

"Setelah diteliti, sejumlah besar daripada wang itu adalah dari KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) iaitu wang simpanan hari tua rakyat sendiri dan juga untuk moratorium bank.

"Namun, ada beberapa puluh bilion yang lain yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan. Justeru, kepada Tan Sri Muhyiddin, jangan cabar kerajaan kerana ada beberapa peraturan dan prosedur yang tidak dipatuhi serta ada beberapa syarikat berkepentingan membabitkan keluarga turut terpalit," katanya.

Semalam, Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Sebelum ini ramai yang mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan RM600 bilion ketika pandemik itu, selain laporan polis turut dibuat untuk menuntut siasatan diadakan.

Anwar dalam pada itu berkata, biarpun pemimpin PN menguar-uarkan pentadbiran itu bersih, ia sebenarnya tidak bersih sama sekali.

Katanya, perkara itu sudah pun diulas beliau dua tahun lalu di Parlimen kerana ia seolah-oleh usaha untuk mengelirukan rakyat.

Sementara itu, Anwar turut mengingatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk tidak bersikap gopoh ketika mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Beliau berkata, kenyataan dibuat oleh Takiyuddin itu disifatkan gopoh kerana pemimpin PAS itu tidak membaca fakta yang ada.

"RM600 bilion itu peruntukan sepenuhnya, tetapi kita akan teliti di mana ada pelanggaran peraturan dan ketirisan.

"Saya nak nasihatkan Takiyuddin jangan gopoh kerana saya di Kementerian Kewangan. Fail ada pada saya," katanya

Anwar mengulas kenyataan Takiyuddin tengah malam tadi yang kesal dengan tuduhan berunsur fitnah dikeluarkan Perdana Menteri semalam, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.


Anwar mengingatkan Muhyiddin supaya tidak mencabarnya untuk mendedahkan bukti di sebalik dakwaan penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion. - Foto NSTP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya Anwar tak perlu war-war kan apa dia jumpa dalam fail tu. Buat kerja senyap2 je..kang tiber2  uturn balik kata tiada yang mencurigakan plakk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 05:10 PM | Show all posts
naina replied at 6-12-2022 09:08 AM
Sepatutnya Anwar tak perlu war-war kan apa dia jumpa dalam fail tu. Buat kerja senyap2 je..kang tibe ...

Dia kan jenis gelojoh sket.  Sebab tuh dulu jadi makanan Atok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku menyampah kalo dapat piem camni.part tu ko serah je lah kat menteri undang undang uruskan..ko move on tadbir negara je lah...cepat cepatlah rangka  lawatan rasmi keluar negara cari pelaburan baru.setakat ko mencecer  meratib penyamun penyakau tu atok dah buat dulu 22 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun menyampah.. kau pas lah siasat2 cari salah ketirisan semua bagai ni kat staff2 kau jadi penyiasat persendirian. Kau pergi buat kerja PM sana.. ni dari hari tu aku tengok asyik jawab pasal salah kerajaan lama, pasal jadi agent Yahudi etc etc.. remeh semua tu. Kau PM kau serah kat orang untuk handle.. gituuu aku arah PM cara jadi PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 6-12-2022 05:08 PM
Sepatutnya Anwar tak perlu war-war kan apa dia jumpa dalam fail tu. Buat kerja senyap2 je..kang tibe ...

Buat kerja senyap2 nanti dituduh berkonspirasi pulak. Hebahkan supaya org tahu….siapa yg terlibat. Semua nak rahsia ni bukan zaman Tun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:45 PM | Show all posts
kan dah kata figure rm600B ni masuk kwsp icirit sama mora

by right tak boleh amek figure ni abgnon,,, tu bukan from gomen coffers kan? kwsp tu guna duit pencarum sendiri,,, mora tu bank yg bagi and in return deme charge higher interest balik... so tang mana guna gomen coffers kat sini

ke acaner ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar ni kuat menggertak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pasti acik stress sbb keja byk walhal baru dua hari lantik menteri
Bagero betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:56 PM | Show all posts
harga barang tak turun turun pun

gaji tak naik naik pun


balik balik dok nyanyi lagu 600b
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:05 PM | Show all posts
Naik nyampah dgn Bang Non ni. Dari mula2 sibuk sangat nak jadi PM yg paling humble brag. Pastu bnyk pulak benda nak di reveal tapi jenis kepochi. Just do it!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:32 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 6-12-2022 05:45 PM
kan dah kata figure rm600B ni masuk kwsp icirit sama mora

by right tak boleh amek figure ni abgnon, ...

Silap Wak Yiddin & geng PN jugak

Dok canang RM600 billion tak habis2

Dorang patut cakap benar masa tu berapa banyak duit sundri (KWSP) etc etc

Semua orang tau pecahan dana tersebut

Ni lah dia harga dia kena bayar pasal tak cakap jujur

https://www.facebook.com/WeAreAl ... os/3357584371193851


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:36 PM | Show all posts
sam1528 replied at 6-12-2022 06:32 PM
Silap Wak Yiddin & geng PN jugak

Dok canang RM600 billion tak habis2

tu lah pasal... benda tu mkn diri sendiri balik

giigh bebeno nak tunjuk heols PM terpaling prihatin berpenjana kerjaya bagai... sekali kan dah terciritttttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 6-12-2022 05:53 PM
Yg pasti acik stress sbb keja byk walhal baru dua hari lantik menteri
Bagero betul

Barulah xsempat minum kopi masa bekerja acikkkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 6-12-2022 05:56 PM
harga barang tak turun turun pun

gaji tak naik naik pun

Kalau gaji naik confirm harga barang naik
Buat masa ni biarlah harga barang turun duluuuu
Sesak dada rasa semua naik bukan sen2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 07:57 PM | Show all posts
ko dah jadi kerajaan tak leh ambik tindakan ke???
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:59 PM | Show all posts
bestnyerrrr kalo abahcow pun msuk tirai besi............ dapnyerrr popcorn nyummm nyumm nyummm
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
HuoJingJue replied at 6-12-2022 07:57 PM
ko dah jadi kerajaan tak leh ambik tindakan ke???


Ko ingat nak siasat macam skim main kutu ke dek.. sabor lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:05 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 6-12-2022 08:01 PM
Ko ingat nak siasat macam skim main kutu ke dek.. sabor lerrr

takkan dah leh cucu kan..ish ish ish..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.082723 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list