CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6439|Reply: 49

"Menyampah, Asyik Kena Ikut Cakap Dia Je," -Cham Bongkar Cerita, Dakwa Zaf Berlagak Ketua!

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Cham meluahkan rasa kecewa dengan tindakan rakannya iaitu Zafri Nazaruddin atau Zaf yang meminta dia tidak lagi menggunakan nama VE selepas tamat pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) baru-baru ini.


Cham atau Charma Adizalilullah Khalil mendedahkan, penyertaan VE menerusi GV9 sebenarnya adalah idea Zaf malah pernah memujuknya berulang kali meskipun pada awalnya dia enggan menyertai sebarang pertandingan nyanyian.


"Ikutkan saya tidak mahu masuk mana-mana pertandingan tapi Zaf pujuk saya berulang kali untuk menyertai GV9 sehingga akhirnya saya bersetuju," katanya kepada mStar.




Foto: mStar




Cham membuka cerita tersebut pada sidang media tergempar yang diadakan di Petaling Jaya pada Isnin selepas mengumumkan dia bersama tiga lagi anggota VE iaitu Adeeb Nahar, Fakhiz dan Luqman Hakim mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan.


Ia ekoran permintaan Zaf yang mahu mereka semua tidak lagi menggunakan nama VE selepas selesai pertandingan GV9.


Malah Zaf sebagai seorang anggota lama VE turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dipinggirkan sepanjang mereka bertanding selain tidak tahu menahu perkembangan termasuk pengambilan ahli baharu kumpulan tersebut iaitu Fakhiz.


Untuk rekod, anngota asal VE adalah Zafri Nazaruddin (Zaf), Abdullah Ahmad (Lah), Shahrin Azmir (Shah), Damian Mikhail (Damian) dan Charma Adizalilullah Khalil (Cham).


Bagaimanapun tahun lalu, kumpulan itu kembali dengan barisan baharu iaitu Zaf, Cham, Adeep Nahar dan Luqman Hakim selepas Damien, Shah dan Lah tidak lagi bersama mereka.


Bercerita lanjut mengenai kontroversi melanda mereka, Cham mendakwa Zaf menarik diri sehari sebelum sesi fotografi GV9 malah turut meminta mereka semua membatalkan penyertaan dalam program tersebut.




Foto: mStar




Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan terpaksa meneruskan tanpa kehadiran Zaf.


"Sehari sebelum sesi fotografi GV9, Zaf menghantar mesej meminta maaf tidak dapat menyertai program itu malah minta kami semua tak masuk kerana menganggap masih belum bersedia.


"Kami ada berjumpa dan dia beri alasan sama... tapi kami dah tanda tangan perjanjian, tak akan pula nak tarik diri, malu kami dengan pihak Astro nanti," jelasnya.


Dalam pada itu, Cham berkata, Zaf sendiri menyerahkan semua tugas berhubung GV9 kepadanya namun mempertikaikan apabila saya tidak memberi sebarang perkembangan kepadanya.


Disebabkan perkara remeh itu, Cham mengakui mula berasa tidak selesa dengan tingkah laku Zaf yang didakwa sentiasa berlagak seperti seorang ketua sehinggakan sebarang keputusan tanpa pengetahuannya boleh menyebabkan mereka bermasam muka.


"Masa itu saya dah mula rasa menyampah... sebab asyik kena ikut cakap dia sahaja. Sebelum ini pun kena ikut dari segi pemilihan lagu malah pakaian! Dia anggap diri dia ketua kumpulan dan kami tak boleh buat keputusan sendiri dan semua kena ikut telunjuknya," tambahnya.


Menjelaskan isu terpinggir dibangkitkan Zaf, Cham menjelaskan ia berlaku selepas mereka membuat grup WhatsApp khas untuk GV9 tanpanya bagi memudahkan perbincangan di antara mereka tentang pertandingan tersebut.


Cham berkata, dia merasakan tiada keperluan Zaf berada dalam grup sembang itu memandangkan dia  menarik diri daripada menyertai GV9.


"Kami tak masukkan dia sebab dia tak terlibat dalam GV9, bila kami berbual di sini, dia ingat kami membelakangi dia tapi sebenarnya kami semua sangat sibuk dengan pertandingan.


"Mungkin kerana itu dia terasa hati kami tak update apa-apa padanya," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lambat lah. warga kaka porum awal2 dh kluar conclusion zaf tu dibah ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:12 PM | Show all posts
hahahhahaha anoyying
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:13 PM | Show all posts
bubar je lah korang ni. Ada ke takde ke takde sape heran. lah ahmad pun aman aman buat lagu solo je. Baik iols dengar lagu dia je
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:21 PM | Show all posts
grup whatsapp x add je punca

dh tu nama grup baru korang ape pulak?
EV? Euphonious of Voices?


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat je grup baru...dan bagi nama GVE...sempena korang pernah join GV...kekalkan ada VE supaya jantung si zaf tu meledak kepanasan.. Hahahaha!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tepek sket muka zaf tu
Gedik tullllll
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:02 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 6-12-2022 09:57 AM
Cer tepek sket muka zaf tu
Gedik tullllll

Ni ha si gedik tu. Mengalahkan pompuan level gedik heolls.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 06:04 PM | Show all posts
Siot jer iols Google keluar mamat zhafvlog ni

Tapi ada iras kan dgn Zhaf VE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 6-12-2022 06:04 PM
Siot jer iols Google keluar mamat zhafvlog ni

Tapi ada iras kan dgn Zhaf VE

Acik speku deyols sedare
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 6-12-2022 06:02 PM
Ni ha si gedik tu. Mengalahkan pompuan level gedik heolls.

Euwwwwww mcm queen fazlina zainaliah jewwww
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:08 PM | Show all posts

So iols nak sarankan Zaf VE ambik Zhafvlog ni jadi member baru VE
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Payment pn zaf call asterok utk masuk acc heols eh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 6-12-2022 06:08 PM
So iols nak sarankan Zaf VE ambik Zhafvlog ni jadi member baru VE

Elok la zhaf vlog tu pun sket2 kondem itu ini sana sini
Sesuwei la
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
auntyonion replied at 6-12-2022 06:09 PM
Payment pn zaf call asterok utk masuk acc heols eh

Motippppp ko potoshut pun tak pegi, ujong2 payment kena masuk bank ko apooooo
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:11 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 6-12-2022 10:09 AM
Elok la zhaf vlog tu pun sket2 kondem itu ini sana sini
Sesuwei la

Zhafsss Vlogzssss (lidah pendek kan)



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 6-12-2022 06:11 PM
Zhafsss Vlogzssss (lidah pendek kan)

Yes lidah pendek jilat syamsul yusof
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:17 PM | Show all posts
laki pon nak berdrama sampah gini yach....
baik jadi pondan jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 6-12-2022 06:11 PM
Zhafsss Vlogzssss (lidah pendek kan)

Bila dia sebut huruf s sambil mencarut tu rasa mesti tersembur air liur busuk. Mesti kepam dgn mok mok n rambut tak sikat. Utk tak OT, blh je geng2 4 org ni buat nama baru.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya sebab ni jugak Lah keluar VE kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.087858 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list