CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tak sabar tunggu harga telur turun'

[Copy link]
Post time 6-12-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode
'Tak sabar tunggu harga telur turun'




Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



KHOLIJAH melayani pelanggannya di Pasar Awam Bagan Ajam, Butterworth. FOTO Nur Izzati Mohamad.




Butterworth: Peniaga makanan di Pasar Awam Bagan Ajam, di sini tidak sabar menantikan pengumuman berkaitan harga telur ayam yang akan dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, hari ini.

Kholijah Awang,44, yang berniaga nasi lemak selama 11 tahun di pasar awam berkenaan tertekan apabila bekalan telur ayam sukar dicari hingga menjejaskan perniagaannya.

Menurutnya, sebagai peniaga nasi lemak bekalan telur ayam menjadi bahan utama dan perlu memastikan ia sentiasa ada sepanjang masa.

"Masalah telur ayam ini bukan baru berlaku namun ia semakin menjadi-jadi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Saya pula meniaga nasi lemak yang sangat memerlukan telur ayam kerana itu adalah bahan utama yang diperlukan pelanggan selain lauk-pauk lain.

"Paling kurang saya memerlukan dua papan telur ayam (Gred B) iaitu 60 biji sehari untuk perniagaan saya tetapi itulah nak cari 10 biji pun susah, namun kini bekalan mula ada tetapi harga pula naik contohnya bagi gred saya beli dulu kira-kira RM12 sepapan tetapi sekarang ada yang mencecah sehingga RM14 sepapan," katanya.

Katanya, dia memang tidak sabar menantikan penurunan harga telur ayam memandangkan pada ketika ini harganya amat membebankan peniaga dan pengguna.

"Kalau boleh jangan harga telur ayam saja turun tetapi tolonglah turunkan harga yang lain antaranya ayam, ikan dan bekalan bahan mentah yang ketika ini harganya begitu tinggi yang menyebabkan kos sara hidup rakyat melambung," katanya.

Bagi anaknya, Nur Syafiqah Kamaruddin, 21, berkata, dia yang membantu ibunya berniaga dengan membeli bahan yang diperlukan untuk perniagaan mereka merasai kenaikan harga sangat ketara.

"Jika dulu kami belanja untuk beli barang niaga sekitar RM100 sehari tetapi kini hampir RM150 bahkan pernah lebih dari itu kerana harga yang tidak terkawal.

"Ibu pula masih kekal menjual nasi lemak pada harga sama berbanding peniaga lain yang sudah menaikkan harga jualan, namun ibu tidak mahu dengan niat ingin membantu pelanggan yang turut tersepit.

"Untung masih ada tetapi ia tidaklah banyak yang saya berharap semua harga bekalan dapat diturunkan dan distabilkan dengan segera," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memaklumkan bahawa Mohamad akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah hari ini.

Menurutnya, langkah itu diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel.


Disiarkan pada: Disember 6, 2022 @ 12:52pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.075763 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list