PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyokong langkah pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kor Ming turut menyifatkan langkah tersebut sebagai satu mesej yang kuat oleh Kerajaan Perpaduan dalam merasai keperitan hidup rakyat.
Foto: Kosmo
“Saya sokong 100 peratus potongan gaji menteri, belum mula kerja (tapi) semalam sudah kena potong 20 peratus. Saya rasa rela dan lega kerana ini adalah satu tanggungjawab yang penting.
“Mungkin jumlah potongan gaji 20 peratus penjimatannya tidak seberapa, tapi ia ‘strong message’ oleh Kerajaan Perpaduan dengan semangat ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’,” katanya pada sidang akhbar selepas memulakan tugas secara rasmi di KPKT di sini tadi.
Selain itu, Kor Ming turut mengumumkan mengenai amalan ‘no gift policy’ di pejabatnya bermula hari ini termasuk majlis-majlis yang bakal dihadiri oleh beliau.
“Tidak perlu bagi apa-apa cenderahati kerana saya rasa ia jadi beban kepada pihak penganjur khususnya mana-mana majlis yang saya hadir, tak perlu ada apa-apa hadiah, itu kita boleh jimat untuk sedekah kepada asnaf, lebih bermakna,” ujarnya.
Kor Ming turut menekankan mengenai pemerkasaan khidmat fundamental iaitu melibatkan pengurusan sampah, rumput dan longkang di seluruh 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.
“Saya akan minta Ketua Setiausaha sampaikan kepada semua Yang Dipertua (PBT) kerana ini adalah isu yang paling dekat di hati rakyat, saya nak mereka rasa kita betul-betul memperkasakannya,” katanya.
Mengulas mengenai jika terdapat sebarang cadangan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan, Kor Ming berkata, ia bukan fokus segera dan beliau mahu menumpukan terhadap senarai tujuh agenda utama yang telah diketengahkan.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan berkaitan pelantikan jawatan timbalan menteri, Kor Ming berkata, pelantikan anggota Jemaah Menteri termasuk timbalan menteri merupakan prerogatif Perdana Menteri.
“Saya rasa perbincangan aktif sedang dilakukan dan berita baik akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya. -CARI
Post time 6-12-2022 01:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Thunderclouds replied at 6-12-2022 01:12 PM
Ok lar. Pak² muntri ni xamik gaji sekalipon xkan angkat bendera putih mcm rakyat. One way or anothe ...
Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun itwww, Ini bukan soal ada impak atau tidaknya pada mereka...tapi initiatif ini diharap dapat memberi isyarat pada rakyat bahawa while they may not overcome the problem of rakyat in totality, dgn pemotongan secubit dari pendapatan mereka ...at least they are showing us that they do feel the rakyat on the ground dgn initiatif seperti ini ...to walk the talk......
Ko nampak akal budak 3 tahun ini? Ko ghaser org yg kena jadi barua laki macam @dwdrums boleh berfikir sejauh ini keww?
Post time 6-12-2022 02:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Thunderclouds replied at 6-12-2022 01:26 PM
The harm has been done.This is one those tiny little things they can do. Why the hell not khuenss. ...
A thousand miles journey begins with that very first step......the first step that they got telah dikhianati after 22 mths...hopefully this time round, with more challenges with the partai gabungan.....semoga TUHAN give strength to our leaders and get all of us out of this doldrum.....sambung anak jiran aku yg 3 tahun
Post time 6-12-2022 03:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Diamalkan pada pemerintahan PH menang 2018 klu nkberi juga cenderamata/saguhati untuk perasmi/jemputan beri makanan/buah/bunga.Amalan memberi hadiah untuk jemputan mmg patut dihapus sama sekali dah xperlu sesekali jemputan/penceramah datang orang bawahan kena cari hadiah yg hebat dan sesuai utk vvip pula.Kdg2 sampai terpaksa kutip/,kongsi dgn untuk org bawahan untuk jaga air muka.
Post time 6-12-2022 03:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Klu student i buat program..biasa i akan sponsor utk bg hadiah kat vvip dan mknan all tetamu...yg penting semua happy..xpelah berkorban duit sikit janji students blh bljr..tetamu happy and i pun puas hati