View: 1306|Reply: 7
|
Dua Pelajar Perempuan Cedera Parah Ditikam Ketika Jalan Kaki Pergi Ke Bas Sekolah
[Copy link]
|
|
Dua remaja perempuan berumur 13 dan 14 tahun diserang dalam sekitar pukul 7:30 pagi waktu tempatan dan telah dibawa ke hospital dengan kecederaan yang parah.
Menurut kenyataan pihak polis tempatan, remaja perempuan itu dipercayai sedang berjalan kaki menuju ke bas sekolah apabila diserang seorang suspek bersenjatakan pisau.
Suspek seterusnya melarikan diri ke bangunan berdekatan untuk meloloskan diri.
Foto: The Sun
Pihak polis telah menyerbu bangunan itu dan membuat tangkapan ke atas dua individu yang ditemui di dalam premis tersebut.
Kejadian berlaku di Illerkirchberg berdekatan Munich, Jerman.
Ia masih belum dikenal pasti sama ada suspek mengenali dua mangsa perempuan tersebut tetapi proses sisasatan telah dimulakan.
Polis juga masih belum dapat menyatakan motif di sebalik serangan itu. -CARI
Sumber: mStar The Sun |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenpa. xpsal je serang anak orang |
|
|
|
|
|
|
|
Eh? Bukan ke negara kokesen ni selamat ler? Kata negara yg top 10 terpaling selamat utk melancong |
|
|
|
|
|
|
|
laaahaiii news pun dah nak ujung baru inform kat mana. iols dah naik seram kot kejadian di ibu pertiwi
dah nape pagi2 org pergi kerja ko pergi tikam anak org??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jahhh.. aku ingatkan kat melawati ke, padang jawa ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut iols ingatkan kat malaysia tadi tgk gambar lain je suasananya.
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana: laaahaiii news pun dah nak ujung baru inform kat mana. iols dah naik seram kot kejadian di ibu pertiwidah nape pagi2 org pergi kerja ko pergi t ...
dendam kesumat mungkin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|