CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 10

[Dunia] Iran bubar polis moral

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 09:11 AM | Show all posts |Read mode

Anggota polis moral (kiri) memberi amaran kepada seorang wanita mengenai pemakaian dan tudungnya ketika melakukan rondaan di Teheran pada 22 April 2007. – AFP

Iran bubar polis moral

TEHERAN – Iran memansuhkan polis moral selepas dua bulan protes di seluruh negara berterusan susulan kematian  gadis berketurunan Kurdis-Iran, Mahsa Amini semasa dalam tahanan pasukan berkenaan, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Protes yang dilabel sebagai ‘rusuhan’ oleh pihak berkuasa itu tercetus selepas Mahsa meninggal dunia, 16 September lalu. Dia ditahan  polis moral di Teheran  tiga hari sebelumnya kerana didakwa tidak memakai tudung secara sempurna.

“Polis moral tiada kaitan dengan badan kehakiman dan telah pun dimansuhkan,” kata Peguam Negara, Mohammad Jafar Montazeri seperti dipetik agensi berita ISNA.

Polis moral atau secara rasmi dinamakan  Gasht-e Ershad (Peronda Bimbingan), ditubuhkan semasa  pemerintahan bekas presiden, Mahmoud Ahmadinejad untuk menyebarkan budaya kesopanan dan pemakaian hijab dalam kalangan wanita.

Unit tersebut mula melakukan rondaan pada 2006.

Pengumuman pemansuhan pasukan itu berlaku sehari selepas Mohammad Jafar memberitahu bahawa Parlimen dan badan kehakiman Iran sedang membincangkan isu mengenai sama ada undang-undang kewajiban memakai hijab perlu diubah.

Presiden Ebrahim Raisi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen tempatan Sabtu lalu berkata, asas Republik Islam Iran mempunyai perlembagaan yang teguh namun, terdapat beberapa kaedah pelaksanaan perlembagaan yang fleksibel.

Pemakaian hijab diwajibkan di Iran empat tahun selepas Revolusi 1979 yang menyaksikan monarki disokong Amerika Syarikat digulingkan diikuti penubuhan Republik Islam Iran.

Anggota  polis moral pada awalnya mengeluarkan beberapa amaran sebelum mula menangkap wanita yang melanggar peraturan itu 15 tahun lalu.

Etika berpakaian bagaimanapun beransur-ansur berubah terutamanya di bawah pemerintahan bekas presiden Hassan Rouhani yang menyaksikan wanita boleh memakai seluar jeans ketat bersama tudung berwarna-warni dan longgar.  

Namun pada Julai tahun ini, pengganti beliau, Raisi  yang bersikap konservatif menggesa semua institusi negara agar menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemakaian tudung. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12/06/iran-bubar-polis-moral/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 09:31 AM | Show all posts
benda mcm ni takkan berlaku di negara sunnil deol
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:49 AM | Show all posts
dah dua bulan protes, tp rejim syiah sympathizers kata, alaaa... bermusim jer tu. 2-3 hari nanti reda la dia org.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:50 AM | Show all posts
di malaysia, jabatan agama rajin tangkap bilik2 hotel murah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah!!!

Dekkkkkk…..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemenangan buat ummah etis lagi suci dan tidak hipokrit dek!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 04:10 PM | Show all posts
pooh~key replied at 6-12-2022 04:09 PM
Kemenangan buat ummah etis lagi suci dan tidak hipokrit dek!

Ini semua salah DAP!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayatollah sudah gelabah tetek kettewww?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 04:24 PM | Show all posts
Di Iran tu rakyat sudah memberontak dan protes kepada kerajaan lebai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-12-2022 04:24 PM
Di Iran tu rakyat sudah memberontak dan protes kepada kerajaan lebai.

Kita tunggu giliran negara Terengganu dan Kelantan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:40 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-12-2022 05:48 PM
Kita tunggu giliran negara Terengganu dan Kelantan pulak

ujung2 deme cari bughit sedap jugak kaka kaki oiii.. masa tu tak tengok tudung dah, tengok puhhkeyyy saje..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057521 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list