View: 3538|Reply: 73
|
[Tempatan]
Baru tahu macam tin sardin, bila Menteri bersesak naik LRT
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 6-12-2022 02:15 PM
Anthony Loke menggunakan hari pertamanya kembali bertugas sebagai menteri pengangkutan untuk menaiki LRT ketika waktu puncak, hari ini.
Dalam satu hantaran di Facebook, dia berkongsi gambarnya, yang hampir saja tidak dapat dicam kerana memakai topi dan pelitup muka, menaiki LRT yang sesak.
"Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya semasa waktu puncak, antara pukul lima hingga tujuh petang.
"Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.
"Saya tidak maklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan media kerana saya nak alami sendiri keadaan sebenar, seperti penumpang biasa, untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari," katanya.
Sementara itu, seorang pengguna yang hanya ingin dikenali sebagai Ng memberitahu Malaysiakini bahawa dia melihat Loke di stesen LRT Bangsar pada jam 5.30 petang tadi, dan hanya diiringi dua atau tiga pengiring yang berpakaian biasa.
Loke pertama kali menjadi menteri pengangkutan pada 2018 di bawah pentadbiran PH selepas PRU 2018.
Ketika itu, dia juga pernah membuat tinjauan mengejut dan menyatakan komitmen untuk selalu menggunakan pengangkutan awam apabila keadaan membenarkan.
Loke yang juga setiausaha agung DAP berkata lagi, tinjauan hari ini membolehkannya memahami kesulitan yang dihadapi pengguna LRT.
"Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita," katanya lagi.
LRT aliran Kelana Jaya, yang merupakan aliran yang paling banyak digunakan, sering mengalami masalah, dan pada bulan lalu 16 stesen aliran itu digantung operasi selama lima hari.
Menurut Prasana, langkah itu terpaksa dilakukan ekoran kerosakan berulang dalam sistem isyarat yang tidak pernah berlaku sebelumnya.
https://www.malaysiakini.com/news/647020
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda baik kita sokong. Dah tau tu jgn lupa beli Coach tambahan atau tambah kekerapan. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus Anthony loke
Menteri lain pernah ke buat macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
pinggan replied at 6-12-2022 08:24 AM
bagus Anthony loke
Menteri lain pernah ke buat macam ni
Ada cuma tak upload atau announced...gitchewwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_premierleag at 6-12-2022 08:37 AM
chandrahusin replied at 6-12-2022 08:23 AM
@premierleag
Wahhh iols is beryy d kebangga
Ms lrt KJ-Gombak breakdown hari tu pun anthony turun padang,while wee ka siong pi berkempen kt air hitam
Harap anthony sack top management rapid kl sume tu
And No wonder la union KTMB hari tu send open letter requested him to be appointed as MoT again..ada dlm The Edge psl news ktmb union ni....if union yg request, is another level sbb diorg yg execute d operation
Yg top management mmg sume bangang dan nk play safe selamatkn bontot sendiri jah
Nmpk sgt previous MoT tak function |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ok...jg sban pun dia ok...xkaco melayu berniaga tepi jln janji ko ada lesen penjaja dan bersih...tp..tp...dia DAP...moh la kita ratib DAAAAAAPPPPPPPPPPPPPPPPPP |
|
|
|
|
|
|
|
itulah cara yg betul buat tinjauan,
baru dia tahu betapa sesaknya naik pengangkutan awam,xde la salahkan org naik kenderaan persendirian je |
|
|
|
|
|
|
|
He is one of the good ones lah .. together with hannah yeoh dan gobind .. yg baik kita puji .. ada ke probok probok nak turun padang .. tak da pun kan |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 6-12-2022 08:36 AM
Wahhh iols is beryy d kebangga
Ms lrt KJ-Gombak breakdown hari tu pun anthony turun padang,while w ...
Tumpang bangga jugak lah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.
Geng KTM especially Union bersorak Anthony Loke pegang profile sama.
Jom naik Komuter lah YB...pastu tengok Double Track Poject tu lama nau nau delay. Contract dah terbukti overcharged, dah mengaku salah pun masih awarded dgn contract baru lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
22 bulan punya keje la cut bajet, stesen terminal low cost bajet, train tambahan cancell. diorg ingat order barang yg ad link dgn kerajaan mcm beli kat shoppe kot hari ni order 3 hari sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nak sgt jd muntri kena lah buat kerja...sesuai dgn gaji ribu riban tu...tak perlu lah nk highlight pun... |
|
|
|
|
|
|
|
kerlas gitu! Terbukti heshe memang buat kerja dengan sangat baik sampai orang request untuk heshe take over semula jawatan ittew. Kalau orang macam ni ganti tpm sorang tu pon orang tak kata apa dah. |
|
|
|
|
|
|
|
byk lagi benda kena turun padang. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu masa bang non umumkan dia jd menteri pengangkutan lagi tu ramai komen kena pasang balik la car seat
Jd selama ni korang buat semua tu sbb takut menteri ke? Bkn utk keselamatan anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri…kena la rajin turun padang. Takkan time rumah terbuka, berkempen.. pilihanraya nk undi je baru nk jumpa rakyat dek |
|
|
|
|
|
|
|
Ok YB usaha yang baik teruskan. Semoga lebih banyak penambahbaikan pada sistem pengangkutan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|