CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 949|Reply: 14

[Tempatan] Buktikan dana PRU datang dari syarikat judi atau kami saman– PAS

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-12-2022 11:55 AM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut mengemukakan bukti atas dakwaaan beliau kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah itu yang dilemparkan Perdana Menteri dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet semalam.

”Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan Pas menuntut Perdana Menteri memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.

”Sekirannya gagal Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Anwar yang juga Menteri Kewangan membayangkan dana pilihan raya umum ke-15 yang digunakan oleh Perikatan Nasional datang dari sumber perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana datang dari syarikat judi,” katanya.

https://malaysiagazette.com/2022/12/06/buktikan-dana-pru-datang-dari-syarikat-judi-atau-kami-saman-pas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:56 AM | Show all posts
Dia tak kata PAS... dia kata PN
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Forensic audit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman menyaman pun bermula…
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:41 AM | Show all posts
memang tak letih ke politaiks ni semua? nak berpolitiking sepanang masa? jahanam negara.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:04 AM | Show all posts
Masing2 masa berkempen memburuk dan memaki tak hengat dunia macamkan dah kompom menang. Asalkan ada poin terus ditembak, betul salah belakang cerita. Berjanji bulan bintang macamkan dah kompom kalah. Yang memangkah satu hal, memikior semua dimaki tu betul dan semua dijanji tu akan ditunai.

Pastu dah dapat result terus hilang ingatan. Kau saman orang, orang saman kau.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 10:17 AM | Show all posts
Saman je la kalau tak betul lobai oiii.
Jangan asyik2 guna agama untuk kelihatan suci.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:16 AM | Show all posts
saman jela
mintak bukti buat apa
saman dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 12:04 PM | Show all posts
takkan lah dana daripada sumber tidak syariah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:08 PM | Show all posts
Saman ler.. rakyat pun nak tahu jugak duit kempen pn yg mewah tu datang dari mana
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:10 PM | Show all posts
renko replied at 6-12-2022 11:16 AM
saman jela
mintak bukti buat apa
saman dulu

ntah ....bukti tu patut yg disaman la yg kemukakan bila disaman nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamposss…. Rehat2 la Taki.. file Bam Non dah dapat katanyeh. Good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman jela......klu dia ada bukti dia keluarkan masa bela diri dia nanti.

Aku teringat masa zaman PH 22 bulan lampau,lawyer mmg masyuk. Hari hari ada je cerita saman. Sekarang sejarah dah berulang balik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 6-12-2022 09:41 AM
memang tak letih ke politaiks ni semua? nak berpolitiking sepanang masa? jahanam negara.

Masih mood pru.. tak sedaq mana2 gomen baru pun mesti kena review balik accounting. Mesti ada loophole tu gomen abah/mail bera tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:01 PM | Show all posts
politik alaf baru saman menyaman . rakyat sila makan popcorn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.588810 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list