View: 523|Reply: 1
|
Untung Puluhan Ribu Ringgit Sebulan, Warga Asing Jadi Tauke Sayur-Sayuran Di Cameron Highlands
[Copy link]
|
|
Cameron Highlands: Mereka datang ke negara ini pada mulanya untuk bekerja di kebun sayur di kawasan tanah tinggi di sini, sebelum berjaya meluaskan empayar apabila mampu menjadi 'tauke' dan hidup kaya-raya dengan mengusahakan ladang sayur sendiri.
Malah, pendapatan warga asing terbabit juga mencecah puluhan ribu hasil menanam sendiri sayur-sayuran berbanding hanya ribuan ringgit ketika bekerja di kebun sayur milik majikan masing-masing.
Keadaan ini berlaku apabila warga asing terutama dari Bangladesh dan Indonesia melihat terdapat peluang untuk menjadi tauke dengan menyewa tanah milik orang tempatan dan mengusahakan tanaman sayur-sayuran sendiri.
Foto: Harian Metro
Mereka juga didakwa membentuk komuniti di sini dengan membuka kedai makan sendiri, selain ada juga berkahwin dengan penduduk tempatan dan Orang Asli bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan.
Menurut sumber, ada pemilik tanah tempatan yang ingin mendapat wang dengan cara mudah sanggup menyewakan tanah mereka kepada warga asing ini untuk diusahakan dengan tanaman.
"Tanah itu pada asalnya terbiar dan apabila ada warga asing mahu menyewa menyebabkan pemiliknya mengambil jalan mudah dengan membenarkannya, sekali gus mendapat wang bulanan daripada warga asing terbabit.
"Malah, komuniti warga asing ini kian bertambah apabila ada yang turut membuka kedai makan sendiri, selain ada juga turut berkahwin dengan penduduk tempatan dan Orang Asli bagi memudahkan mereka mendapat lesen untuk menjalankan perniagaan," katanya.
Difahamkan, tanaman yang diusahakan di kawasan kampung yang tersorok kemudian dijual kepada pemborong atau peniaga di sekitar Cameron Highlands sehingga ada antara mereka mampu memperoleh pendapatan lumayan.
Sumber berkata, warga asing yang menyewa tanah ini akan memilih lokasi yang terpencil dan di kawasan perkampungan.
"Hal ini kerana bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa kerana ada dalam kalangan warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Mereka juga akan tinggal di kawasan tersembunyi dengan urusan jualan dan sebagainya akan dilakukan 'tauke' yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Aktiviti golongan itu turut dikesan Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands yang menerima maklumat daripada pekebun tempatan.
Presidennya, Datuk Chai Kok Lim berkata, ia sudah menjadi trend sejak beberapa tahun lalu apabila golongan itu menjadikan tanah terbiar sebagai kebun tanaman sayur mereka.
"Berdasarkan pengetahuan kami, memang mereka (warga asing) menyewa tanah dan mengusahakan tanaman sendiri.
"Kebanyakan aktiviti itu berlaku di kawasan kampung yang sukar dihidu pihak berkuasa," katanya.
Menurutnya, keadaan itu mencetuskan kebimbangan banyak pihak mengenai penguasaan warga asing di dalam pelbagai sektor tanpa sekatan di kawasan tanah tinggi berkenaan.
Katanya, keperluan tenaga buruh asing untuk pertanian memang ada, namun pemilikan kebun oleh golongan itu dibimbangi menimbulkan isu lain yang tidak terkawal.
Ditanya mengenai sama ada wujud penerokaan tanah secara haram oleh warga asing, Chai berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan mengenai penerokaan tanah secara haram di daerah itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
meanwhile rakyat kte gaji 1500 sajokk |
|
|
|
|
|
|
| |
|