CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 853|Reply: 13

[Politik] Biar kami putuskan siapa Ketua Pembangkang -Ahmad Fadhli

[Copy link]
Post time 5-12-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Biar kami putuskan siapa Ketua Pembangkang -Ahmad Fadhli

https://www.utusan.com.my/berita ... gkang-ahmad-fadhli/

Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
5 Disember 2022, 10:47 am


AHMAD FADHLI SHAARI

PETALING JAYA: Pemuda Perikatan Nasional (PN) meminta mana-mana pihak tidak perlu mencampuri urusan pelantikan siapa yang akan dipilih mewakili gabungan itu sebagai Ketua Pembangkang.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana ia seharusnya diserahkan sahaja kepada pihaknya untuk memutuskan perkara tersebut.

“Cantik sudah cadangan ini, tetapi, serahkan sahaja kepada pihak pihak kami untuk memutuskannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas berkata demikian merujuk kepada saranan Pemuda Amanah Terengganu yang mencadangkan supaya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Ketua Pembangkang bertaraf Menteri.

Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, perkara itu wajar memandangkan Pas mempunyai kerusi Parlimen paling banyak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, beliau mengharapkan Pemuda Amanah Terengganu dapat berusaha untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu nanti.

“Di sebelah tuan, usahakan biar ada ketua pembangkang dari parti tuan di DUN Terengganu dahulu, atau sekurang-kurangnya tidak hilang deposit,” katanya. –UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 11:03 AM | Show all posts
TUN lah tu...siapa lagi...mcm org tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 5-12-2022 11:03 AM
TUN lah tu...siapa lagi...mcm org tak tau...

Tun Bukan mp. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibok ngata orang… tu la kerja hampa! Lemahhh.

Also known as…PM tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti dr kerajaan gagal lembap lagi bersembab dek.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:32 AM | Show all posts

kerajaan bayangan pun boleh lantik senator bah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah... Apa nak kecoh kecoh pasal jawatan ketua pembangkang? Jawatan ni tak efek pembangunan & pentadbiran negara pun.... Tak perlu nak tergesa2 pun....  Sebab tu PN tak gelabah tetek pun nak isi jawatan ni.... Peranan jawatan ni pun tak signifikan mana pun hatta di parlimen sekali pun... Ala2 formality saja walaupun konon-kononnya bertaraf menteri... Tak efek perjalanan persidangan parlimen pun.... Sejarah ketua pembangkang di parlimen Malaysia selama ni parti2 pembangkang tolak menolak pegang jawatan ni sebab tak penting & tak dihormati oleh kerajaan sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:56 AM | Show all posts
sepatutnya pemimpin paling ataslah jadi ketua. .. sebelum dan selepas pilihanraya dia ketua, masa jadi pembangkan tak nak pulak.. mana konsistensi

kalau pemimpin atasan tolak nampaklah sebagai suatu kelemahan.. dlm keadaan sukar pas baton, itu bukan sikap seorang pejuang... dah nampak weak leadershipnya

kalau susah sangat letak sahaja hadi dan mahiadin sebagai kedua-duanya sebagai ketua pembangkang... biar kerajaan anwat terkulat-kulat nak jawab soalan2 dan serangan2 silih berganti dari pn dan pas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 5-12-2022 11:08 AM
Tun Bukan mp. Haha


Boleh angkat jadi senator utk jadi ketua pembangang maaaaaaa?

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Kalo ini boleh berlaku memang akan ada dlm sejarah lipatan lantikheun yg paling MENGAIBKHEUN...

Perdana menteri paling lama negara, perdana menteri dua kali negara, perdana menteri yg tewas dlm pru sampai hilang deposit dan akhirnya diangkat semula jadi senator kerana hendak dijadikheun ketua pembangang...

Very the colourful indeed perjalanan karier politik seorang negarawan...

Wakahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 6-12-2022 07:56 AM
sepatutnya pemimpin paling ataslah jadi ketua. .. sebelum dan selepas pilihanraya dia ketua, masa ja ...

Sepatutnya ler...tapi kalo kedua dua top hierarchy partai jenis mengular kaki ponteng.....how?

Kahkakahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:03 AM | Show all posts
kdg diatas kdg dibawah....mmmm...jgn mikir bebukan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak Yidin blh jd ketua pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:05 AM | Show all posts
Yg PAN dok sibuk apehal?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:25 AM | Show all posts

hal family abg adek kene amek tau gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
Filem Filem Hebat Karya Pengarah Woody Allen
mat_arofFilem Filem Hebat Karya Pengarah Woody A
Views : 10545 Replies : 33
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 18723 Replies : 31
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282688 Replies : 8340
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2266 Replies : 18
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64501 Replies : 396
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 41684 Replies : 147
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 2929 Replies : 0
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.088867 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list