View: 13975|Reply: 130
|
Maya Karin kena 'panic attack' nasib baik ada Roy..
[Copy link]
|
|
Maya Karin kena 'panic attack'
Faizal menahan belakang badan Maya supaya dia tidak terjatuh.
Melaka : Pelakon, Maya Karin mendedahkan dirinya diserang 'panic attack' atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bersiaran secara langsung di Encore Melaka, di sini, malam kelmarin.
Situasi itu disaksikan penonton di dewan berkenaan serta penonton di rumah apabila pelakon jelita itu tiba-tiba menggigil dan gagal menyeimbangkan badan ketika membacakan anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik ketika itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Maya berkata, dia berterima kasih kepada rakan penyampainya yang juga pelakon handalan, Faizal Hussein kerana menjadi penyelamat daripada terjatuh di pentas.
"Hero saya semalam, sangat 'gentleman', siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas," tulisnya di Instagram.
Pada malam anugerah yang bersiaran di TV2 itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersungkur.
Maya juga dilihat membuka kasut tumit tingginya dan meneruskan dengan membaca skrip yang disediakan walaupun dalam keadaan menggigil.
Rata-rata pengikut bersimpati dengan keadaan kesihatannya dan berterima kasih kepada Faizal yang sentiasa memastikan pelakon kesayangan itu berada dalam keadaan baik.
"Siap 'standby' tangannya di belakang. Mungkin bimbang jika anda pitam atau apa," tulis seorang pengikut.
"Saya dah boleh agak masa tengok kak Maya menggigil. Serangan panik, semoga selalu kuat ye. Kami semua cintakan anda. Suka betul tengok hero sangat 'gentleman'," kongsi seorang lagi pengikut.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... n-kena-panic-attack
|
|
|
|
|
|
|
|
Oo patutla tgk kt ig ari tu nape faizal pegang blkg maya…tp video tu x full
Sape2 yg ada full video x? |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya sapa2 yg kna panic attack atau anxiety. Mujoq ada Roy menyelamatkan keadaan. Sian Maya Karin
Aku dah penah kena, dok x dok dia mai tiba2. Tgh drive tgh sangkut jem pun bleh jd.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena Serangan Panic Attack, Maya Karin Terpaksa Buka Kasut Di Pentas FFM32!
Aktres jelita Maya Karin berdepan detik cemas apabila diserang panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore, Melaka baru-baru ini.
Maya secara spontan terpaksa menanggalkan kasut tumit tingginya bagi melegakan perasaan ketika bersama-sama dengan pelakon Faizal Hussein ketika itu.
"Satu-satunya cara untuk bertenang dan tidak pengsan adalah memastikan kaki saya jejak tanah. Terima kasih seribu kali kepada Faizal Hussein sekali lagi," maklum Maya.
Ketika menyampaikan anugerah kepada Pelakon Lelaki Terbaik FFM32, Maya kelihatan cemas dan suaranya terketar-ketar sebelum dihampiri Faizal.
Kemudiannya, Maya terpaksa berpaut pada Faizal untuk membantunya menanggalkan kedua-dua sepatu yang disarungnya bersama dres hitam.
Maya secara profesional meneruskan tugasnya untuk menyampaikan trofi kepada pemenang dengan hanya berkaki ayam sebelum berlalu ke belakang pentas usai segmen terbabit.
"My hero malam itu. Sangat gentleman, siap kutip kasu saya yang tertinggal atas pentas," tambah Maya memuji tindakan budiman Faizal Hussein.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak kepam dan busuk yach |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by heythere123 at 4-12-2022 12:33 PM
- deleted -
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya baru tau acik pontianak ada darah gemuruh |
|
|
|
|
|
|
|
Serap Moslem
yang helok tu pon nampak hauk kepam dengan pesen tahapa2 walaupun tak pakai baju dalam
|
|
|
|
|
|
|
|
@https://vt.tiktok.com/ZS88FFSDN/
Testing testing |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh tak keluar jugak. Sape2 tolong edit
https://vt.tiktok.com/ZS88FFSDN/ |
|
|
|
|
|
|
|
Gentleman as always bam pejal nampak ackward atas stage berprestij buka kasut. Next time myb maya boleh pakai flat shoe je or stokin. Ataupun takyah jadi penyampai dah. Tapi nampak la semacam dia sebelum faizal announce tu, siap mengeluh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia masih teruskan baca walaupun gitu.
Semoga semua yg ada masalah anxiety beroleh kesembuhan, iols selalu berharap boleh cuci otak drpd rasa risau melampau nih.
Rasa risau melampau ni menyeksakan diri nak g memana pun payah tp pelik ramai gak yg saja2 ngaku diri tu anxiety la introvert la ocpd bagai padahal tak penah jumpa doc pun.
Main agak2 sbb baca apa yg tertulis kt socmed je. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah iols tertanya2, sejak nampak video acik maya nk jemput adik dia kt airport ritu lgi. Adakah dia amek 'sesuatu'? |
|
|
|
|
|
|
|
Anxiety or panic attack ni sama dgn darah gemuruh ke? Kalau tangan shacking, suara jd bergetar, bila bercakap mcm tak cukup nafas semasa buat presentation or public speaking tu dikira anxiety ke? Or just nervous? |
|
|
|
|
|
|
|
Lampuled replied at 4-12-2022 05:07 AM
Anxiety or panic attack ni sama dgn darah gemuruh ke? Kalau tangan shacking, suara jd bergetar, bila ...
Tu mcm anxiety kan?
Kaa sama jaa anxiety ngn panic attack?
To be honest aku slalu rasa berdebar2 dgn tiba2, rasa x senang duduk, pk mcm2.
Aku ingat kolestrol aku tinggi kaa tu tanda2 awal nak kena heart attack.
Pi jumpa doctor, dia kata anxiety tu.
Sbb kerap and tiba2...
Dia tanya aku ada masalah kat tmpt keja ka ngn kelorga.
Termenung aku seketika dok pk apa masalah aku ...
Tapi kan...seyes x best tau rasa debor2 panik2 tetiba ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|