CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 6

Rakyat Teruja Hannah Yeoh Terajui KBS, Tengku Zafrul Kembali Ke Kabinet- Harap KJ, Nurul Izzah Turut Disenarai

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan akhirnya mengakhiri teka-teki rakyat Malaysia.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat malam.


Jemaah Menteri di bawah tampuk kepimpinan Anwar itu berjaya dibentuk selepas hampir dua minggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menutup tirai.


Kabinet baharu yang dibentangkan itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.




Foto: mStar




Antara yang mencuri tumpuan netizen adalah pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perladangan Antarabangsa dan Industri.


Selain itu, Tengku Zafrul yang merupakan bekas Menteri Kewangan juga dilantik sebagai Senator dalam kalangan Ahli Dewan Negara bagi menjawat jawatan itu.


Pada PRU15, Tengku Zafrul tewas di kerusi Kuala Selangor kepada calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


"Tengku Zafrul diberikan peluang untuk menjadi sebahagian dari barisan Kabinet Kerajaan walaupun tewas dalam PRU15.


"Saya harap Nurul Izzah, Khairy Jamaluddin dan Maszlee Malik juga boleh diberikan peluang kedua yang sama," ujar seorang warga maya.


Nurul Izzah, Khairy dan Maszlee turut kecundang pada PRU15 di parlimen masing-masing di Permatang Pauh, Sungai Buloh dan Simpang Renggam.


Netizen mengharapkan peluang kedua dapat diberikan kepada Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin.


Maszlee ini sebelum ini antara yang disebut-sebut layak menjadi Menteri Pendidikan.


Seterusnya, Hannah Yeoh yang menjawat Menteri Belia dan Sukan juga menjadi bualan hangat netizen.


Ahli Parlimen Segambut itu sebelum ini memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Rata-rata netizen bersetuju dengan pelantikan tersebut dan mengharapkan nafas baharu dapat dibawa ke dalam arena sukan negara.


"Yang Berhormat (YB) tolong kurangkan bajet untuk bola sepak supaya sukan lain seperti badminton, hoki, renang dan terjun boleh dapat perbelanjaan yang diperlukan.


"Harap YB boleh bangunkan sukan permotoran negara. Buat litar kekal di setiap negeri dan tambah satu lagi litar Gred A FIM dan Gred 1 FIA sebagai tambahan kepada Litar Sepang.


"Tak sabar nak tengok pembaharuan yang akan dibawa YB Hannah untuk sukan negara kita," kata netizen yang teruja Hannah Yeoh menerajui Kementerian Belia dan Sukan.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 11:04 AM | Show all posts
like euyewwww
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg excited dgn hannah tu…..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:12 AM | Show all posts
Kasi la KJ timbalan...jawatan kesian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 3-12-2022 11:11 AM
Sapa yg excited dgn hannah tu…..

acik2 forem la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami mahu Elizabeth Wong bulu ketiak

Idup lagi ke minah ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2022 10:34 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 3-12-2022 12:07 PM
Kami mahu Elizabeth Wong bulu ketiak

Idup lagi ke minah ni?

Dua2 tokoh ph dan muda ada maskot bulu ketiak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.157080 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list