Penyanyi yang semakin meningkat naik, Chombi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila ada segelintir individu mempertikaikan rupa parasnya yang dilihat lebih dewasa daripada usia dan menyifatkan dirinya "try hard" untuk jadi dewasa.
Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi, 15, berkata dia mempunyai ramai kenalan lebih berusia yang mungkin menjadi faktor dirinya dilihat perwatakan seperti orang dewasa.
“Saya ada baca komen-komen daripada kalangan netizen… cuma saya ambil positif tentang hal itu, yang negatif saya tolak tepi sebab nanti akan selalu terfikir saja.
“Walaupun saya baru berusia 15 tahun tapi kebanyakan kawan semuanya berusia 20 tahun keatas, lagipun saya tidak ramai kawan yang sama umur dengan saya… memang terbiasa dengan perangai orang dewasa.
“Saya memang ada sedikit terasa hati bila ada yang komen macam tu, lagi pun apa salahnya kami yang berusia 15 tahun ni… saya tak kacau orang pun,” kata anak gadis kepada komposer dan penyanyi ternama,Harry Khalifah itu kepada mStar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengecam tindakan segelintir individu terbabit dan memuji cara Chombi menjawab kecaman tersebut dengan sangat matang.
Kesian Chombi, matang dari usia pun ada yang kecam. Apa pun, harap Chombi tidak pedulikan kata-kata negatif itu dan teruskan berkarya. - CARI
|