CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 3

Paksa Kakitangan Tandatangan Akuan Bersumpah Tak Dedah Penderaan Di Taska

[Copy link]
Post time 2-12-2022 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Guru sebuah taska swasta di wilayah Shizuoka disahkan melakukan penderaan fizikal dan lisan kepada anak jagaan mereka secara berulang kali.


Datuk Bandar Susono, Harukaze Murata mengesahkan, tiga guru terbabit dalam 15 kes penderaan di taska, Sakura Hoikuen.




Gambar hiasan




Katanya, mereka sedang mempertimbangkan untuk memfailkan aduan jenayah kerana disyaki melakukan serangan atau tingkah laku mengancam nyawa kanak-kanak.


"Kami menganggap ini sebagai kes penderaan," katanya dalam satu sidang akhbar seperti dilaporkan portal The Japan Times.


Difahamkan, pihak taska itu membuat semua kakitangannya menandatangani akuan bersumpah untuk tidak mendedahkan kejadian berlaku.


Tiga guru berusia 30-an dan 40-an itu adalah antara enam guru yang menjaga kelas kanak-kanak berusia setahun di taska itu.


Murata berkata, guru terbabit juga dikesan menggoncang kanak-kanak secara terbalik, menanggalkan seluar secara paksa dan mengancam mereka dengan pisau dalam kejadian antara Jun hingga Ogos lalu.


"Guru-guru itu mengaku melakukan perbuatan itu tetapi mereka mendakwa itu sebahagian cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak itu," katanya.


Kesemua guru diberikan amaran dan dipecat daripada taska manakala ketua mereka hanya mengalami pemotongan gaji.


Kes itu terbongkar selepas pihak berkuasa tempatan menerima laporan pada pertengahan Ogos lalu.


Mereka menyoal siasat ketua taska untuk menyiasat kejadian itu, tetapi berdiam diri mengenainya selama lebih tiga bulan.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 12:32 PM | Show all posts
Cikgu Tadika dari neraka Sa'ir
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
gila wei cikgu ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:07 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063289 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list