CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 1

3 Kanak-kanak Perempuan Panik Terperangkap Dalam Lif

[Copy link]
Post time 2-12-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Tiga kanak-kanak berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun panik dan ketakutan terperangkap di dalam sebuah lif pangsapuri di Assotech, Bandar Ghaziabad, India pada Khamis.


Rakaman video keselamatan yang tular itu menunjukkan kanak-kanak terbabit kelihatan sangat tertekan dengan kejadian yang menimpa mereka hingga menekan kesemua nombor pada butang lif.








Mereka turut dilihat cuba membuka pintu lif sambil menangis, panik dan cuba menghiburkan antara satu sama lain sepanjang terperangkap di dalam lif berkenaan.


Susulan kejadian, bapa salah seorang daripada mereka membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu boleh mengancam nyawa anaknya.


Pengadu menjelaskan bahawa isu lif rosak di bangunan itu bukanlah isu baharu, namun tiada sebarang tindakan dilakukan pihak pengurusan bangunan berkenaan.





FB Majoriti



"Situasi ini menimbulkan risiko serius kepada kanak-kanak dan warga emas, dan boleh menyebabkan kemalangan serius," katanya.


Difahamkan, polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemaju pangsapuri berkenaan.




Sumber: Majoriti








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 08:09 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049923 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list