CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Perlis] MB Perlis ke-4, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid kekal positif walaupun berdepan masalah buah pinggang

[Copy link]
Post time 2-12-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-12-2022 03:26 PM

MB Perlis ke-4, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid kekal positif walaupun berdepan masalah buah pinggang


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



AHLI keluarga, sahabat handai dan rakan politik serta teman ketika berkhidmat dalam kerajaan Perlis berbilang kaum dan agama hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh di kediamannya di Jalan Syed Hassan, Arau. FOTO Aizat Sharif




Arau: Bekas Menteri Besar Perlis keempat, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, disifatkan mempunyai personaliti yang positif walaupun berdepan dengan masalah buah pinggang yang dideritai sejak tahun lalu.

Anak keempat Allahyarham, Muhd Sharif Pawanteh, 39, berkata, bapanya adalah figura yang berfikiran positif dan saling tidak tumpah dengan perwatakannya ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.

"Bayangkanlah, dia begitu positif dan menganggap kesakitan yang dialaminya itu sebagai cabaran yang harus dia atasi.

"Malah, dalam derita kesakitannya itu juga, dia sentiasa cuba menceriakan semua orang bukan sahaja ahli keluarga tetapi rakan yang datang menziarahi. Di saat rakan lain mendoakannya ketika dia terlantar, dia turut menyambut doa rakannya itu sekadar yang termampu," katanya ditemui di perkarangan kediaman Allahyarham di Jalan Syed Hassan di sini, hari ini.

Katanya, bapanya itu menghidap masalah buah pinggang sejak tahun lalu dan mula menjalani dialisis sejak Mac tahun ini di Kompleks Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

"Dia menjalani proses dialisis sejak Mac tahun ini namun sejak minggu lalu, dia menghentikan proses dialisisnya itu kerana berasa sudah tidak larat atau mampu untuk meneruskan proses berkenaan.

"Jadi, dia maklum pada kami bahawa dia hanya mahu berehat di rumah sambil dikelilingi oleh anak dan cucu dan sebelum pemergiannya itu, keuzurannya nyata membataskan pergerakannya, dia hanya terlantar di katil," katanya.

Muhd Sharif menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutama MAIPs dan sahabat handai Allahyarham yang sering membantu terutama ketika bapanya melakukan proses dialisis.

Tinjauan di kediaman Allahyarham mendapati, masyarakat pelbagai kaum dari seluruh Perlis terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Wan Badariah Wan Saad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan Gan Ay Ling, turut hadir ke kediaman Allahyarham bagi memberikan penghormatan terakhir.

Selain itu, tokoh politik Perlis lain seperti bekas Menteri dan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Azmi Khalid, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim, turut tidak ketinggalan hadir dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Seri Elham Hamid Abdullah, 76m dan lima anak.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama Arau selepas solat Jumaat.

Ketika hayatnya, Allahyarham menjawat jawatan Menteri Besar Perlis bermula pada 1986 sehingga 1995 sebelum digantikan oleh Shahidan.



Disiarkan pada: Disember 2, 2022 @ 2:34pm







sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.128852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list