View: 5236|Reply: 43
|
Zaf Bengang Dipinggirkan Sebagai Ketua Kumpulan, Mohon Jangan Guna Nama VE Lagi
[Copy link]
|
|
Kumpulan VE yang baru sahaja selesai persaingan di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) diminta tidak lagi menggunakan nama tersebut selepas ini.
Perkara itu ditegaskan oleh anggota kumpulan asal VE iaitu Zaf yang juga bertindak sebagai ketua sejak awal pertubuhan mereka.
"VE adalah VE. Nama, reputasi dan hasil kerja kumpulan itu dibina dengan susah payah. Jadi, cukup 11 minggu digunakan, adalah lebih baik bergerak ke hadapan sebagai kumpulan dan nama baru.
"Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, kita saling menghormati dan semoga hubungan silaturahim tidak terus keruh," katanya.
Tambah Zaf, dia mengambil pendekatan untuk tidak bersuara sebelum ini kerana enggan menimbulkan sebarang salah faham atau kekecohan sepanjang GV9 berlangsung.
Fakhiz, Cham, Adeeb dan Hakim mewakili VE di GV9, Foto: mStar
Dalam masa sama, Zaf mendakwa dia tidak tahu apabila anggota baharu iaitu Fakhiz yang sepatutnya hanya mengggantikannya untuk GV9 diserap terus sebagai salah seorang anggota tetap.
"Saya yakin tidak ada masalah dan mereka mampu mencipta jenama baharu memandangkan sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri.
"Saya selaku ahli asal dan ketua juga keliru sebab saya tidak tahu menahu perkembangan mereka malah diketepikan sepenuhnya termasuk membabitkan pengambilan ahli baharu.
"Fakhiz sebagai contoh, sepatutnya hanya sebagai pengganti saya, tiba-tiba saya dapat tahu sudah diserap sebagai ahli VE. Sejak bila dan atas persetujuan siapa?" jelasnya.
Dalam GV9, VE dianggotai oleh Adeeb, Cham, Fahkiz dan Hakim.
Salah faham antara mereka mula timbul apabila Zaf diketepikan oleh pihak pengurusan walaupun pada awalnya dia merupakan individu yang terlibat dalam perbincangan menyertai GV9.
"Saya yang pada asalnya berbincang dengan Astro mengenai penyertaan VE dalam GV9.
"Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya.
"Tapi keadaan jadi lain, malah saya tidak tahu menahu langsung perkembangan selepas itu termasuk pengambilan ahli baru," ujarnya.
Foto: mStar
Untuk rekod, ahli asal VE atau Voices Of Euphonious yang ditubuhkan sekitar 1997 ialah Zaf, Lah dan Shahir.
VE kemudiannya turut dianggotai oleh Damian dan Cham. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan Dewasayu Bebird lEw tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah dah siap pahat berbunyi. nak sgt VE tu hamik laa ko. create jelaa group lain sementara tgh panas ni. tiap mgu persembahan dorg pon not bad |
|
|
|
|
|
|
|
Patut le pihak pengurusan ketepikan si Zaf ni kekwat rupanya.. ada ke nak joint bila dia senang.. puik.. ekekek
"Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya. |
|
|
|
|
|
|
|
muka cam dewasayu acik2 pencen je gelenyar yg nk tgok muka ko tu yachhh..si fakhiz tu walaupun da kawen at least herlok la jugak eye candy.. |
|
|
|
|
|
|
|
ve ni yang aku kenal Lah dgn Damian je..hang selaku ketua kelas awat tak menonjol sangat? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku igt Lah ketua ve ni sbb sejak dari awal dulu dia yg menonjol. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dah kertu dan dah basi pun dikkkkk... tu pun masih nak berebut nama kumpulan... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke dah join tabligh?
|
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 2-12-2022 03:34 PM
Patut le pihak pengurusan ketepikan si Zaf ni kekwat rupanya.. ada ke nak joint bila dia senang.. p ...
Pastu duit kena bahagi 5 lah cmtu . Takleh bagi komitmen ,mmg ptutla diketepikan |
|
|
|
|
|
|
|
Zaf ni bukan ke dah jadi islamik ke? Masih nak join show biz ke? Kalau setakat nak nama VE tapi tak aktif what for? |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuka hati dia nak join bila dia nak gitu?
Ntah2 management nak contact kau pun susah.
Angkat call bila nak angkat jer.
Ambik job bila kau nak je.
Member lain pun nak cari makan wei |
|
|
|
|
|
|
|
Lerr..apoo ikut suka kau je bila free boleh masuk, bila tak nak ganti orang. Paham maksud komitmen tak? |
|
|
|
|
|
|
|
VE ni copyright milik siapa. Nampak mcm sesuka hati aje management dorang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Lah ingatkan lah ketua. Btw mana boleh main ganti2 training bagai taknak join ke, konfiden nyanyi gitu je? Menyusahkan ahli kumpulan jela gtu |
|
|
|
|
|
|
|
Amik laa VE tu. Lah Ahmad pun xkisah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudahla..kau dulu pun ada isu duit dgn ve kan masa ve tgh top letop dulu..nmpak naw la motif kau tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada isi borang bagai ke
bunyi mcm formal sgt, pengambilan baru, serap lah ape bagai
btw sblm GV9, dlm single Tunggu yg dorg mng aim vokal berkumpulan terbaik tu
elok plk zi zaf ni ada sama
|
|
|
|
|
|
|
|
isu duit?
mind to tumpahkan teh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|