View: 612|Reply: 7
|
Wanita Cari Nahas! Gigit Paha Penumpang, Cuba Buka Pintu Pesawat Ketika Terbang Setinggi Lebih 11,000 Meter
[Copy link]
|
|
LITTLE ROCK – Seorang penumpang, Elom Agbegninou ditangkap polis selepas dia menimbukan situasi ‘cemas’ apabila cuba membuka pintu sebuah pesawat komersial pada ketinggian 11,277 meter (m) di ruang udara Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.
Agbegninou, 34, juga didakwa menggigit paha mangsanya iaitu seorang penumpang lelaki yang kini begitu trauma sehingga menyebabkannya mengalami Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD). Mangsa turut menghubungi talian perkhidmatan pelanggan atau hotline veteran tentera untuk mendapatkan sokongan bagi mengatasi masalahnya.
Penumpang lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu juga terpaksa diberi ubat antibiotik dan suntikan untuk mencegah hepatitis di sebuah hospital selepas dia digigit dalam pesawat syarikat Southwest Airlines ketika dalam penerbangan dari Houston ke Columbus pada Sabtu lalu.
Foto: FOX26
Walaupun mengalami kecederaan, lelaki malang itu berjaya ‘menumpaskan’ Agbegninou selepas dia terdengar kru syarikat penerbangan yang panik berkata, wanita tersebut menolak kru pesawat dan cuba membuka pintu pesawat tersebut.
Juruterbang pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Nasional Bill dan Hillary Clinton di Little Rock, Arkansas dengan ejen-ejen persekutuan menunggu untuk menahan suspek..
Pada satu ketika, dia mula menghantukkan kepalanya ke lantai pesawat, demikian menurut dokumen Mahkamah Daerah Timur Arkansas.
Agbegninou dilaporkan meninggalkan rumahnya untuk menaiki penerbangan tanpa membawa bagasi dan memilih untuk tidak memberitahu suaminya tentang perkara itu.
Agbegninou juga mendakwa dia mengalami masalah untuk bernafas tetapi mengaku bahawa dia masih ingat cuba membuka pintu pesawat dan menggigit seorang penumpang lain. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Igt mrs amougou tadi..
Baru nak cerca banyak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bila masaalah rumahtangga dibawa masuk kedalam pesawat habis semua ribut dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
sian pokcik yg kena gigit tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia nk buka pintu pesawat...sb susah bernafas dlm kapal terbang...buka..itu kalo...bnyk la angin masyuk...gitew dia punya..pemahaman |
|
|
|
|
|
|
| |
|