CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 1

[Pulau Pinang] Qistina Batrisya meninggal dunia, hasrat bertemu guru, kawan baik tercapai

[Copy link]
Post time 1-12-2022 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Qistina Batrisya meninggal dunia, hasrat bertemu guru, kawan baik tercapai



Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 1, 2022 @ 8:50am   bhnews@bh.com.my




Pertemuan terakhir kanak-kanak pengidap leukemia tahap akhir, Qistina Batrisya




GEORGETOWN: Tiada lagi senyuman manis kanak-kanak pengidap leukemia tahap akhir, Qistina Batrisya Zamri, tujuh tahun selepas menghembus nafas terakhir pada jam 3.50 pagi tadi.

Khabar duka pemergian anak ketiga daripada lima beradik itu disahkan ibunya, Juriah Saad, 41.

"Anak saya meninggal dunia di sisi keluarga di rumah kami di Kuala Ketil, Kedah.

"Jenazah dijangka disemadi pada jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada Oktober lalu, BH melaporkan mengenai hasrat Qistina Batrisya yang mahu ke sekolah bagi bertemu kawan baiknya, Damia dan guru kelas Siti Sarah Zakaria.

Berikutan keadaan kesihatan yang tidak menentu, kanak-kanak pintar dan ceria itu hanya sempat bersekolah selama 14 hari.

Juriah berkata, walaupun bersedih dengan kehilangan anaknya, dia gembira kerana dapat menunaikan hasrat Qistina Batrisya bagi berjumpa Damia dan guru terbabit.

Katanya, pertemuan itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Kanan, Kuala Ketil, pada awal November lalu tanpa dirancang.

"Qistina Batrisya memberitahu dia rindu pada semua kawan jadi saya ambil keputusan untuk terus membawanya ke sekolah.

"Walaupun waktu persekolahan hampir tamat, dia sempat bertemu dengan Damia, rakan sekelas yang lain dan Cikgu Siti Sarah.

"Pertemuan berkenaan dilakukan pada masa singkat berikutan keadaannya yang lemah namun dia amat gembira pada hari itu," katanya.

Juriah turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) kerana prihatin dengan perkembangan Qistina Batrisya dan kanak-kanak pejuang kanser yang lain.

Qistina Batrisya disahkan mengidap kanser pada 2018 dan mula menjalani kemoterapi pada April 2019.

Rawatan berkenaan berjaya, namun doktor mengesahkan bahawa sel kanser kembali menyerang pada Januari lalu.

Anak kepada pasangan penoreh getah dan suri rumah itu menjalani semula kemoterapi sebelum semua rawatan terpaksa dihentikan pada Julai lalu kerana ubat yang diberi tidak mampu melawan kanser berkenaan.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2022 10:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046843 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list