CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Sabah] Catuan bekalan di beberapa kawasan kerana keroskaan luar jangka salah satu IPP

[Copy link]
Post time 1-12-2022 04:36 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Sabah Electrcity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan catuan bekalan di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Idris Mohd Noor berkata pelaksanaan itu dilakukan berikutan berlaku kerosakan luar jangka di salah satu Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Katanya catuan yang dilakukan pada Rabu itu adalah bagi memastikan kestabilan Sistem Grid Sabah.

“Kejadian kerosakan luar jangka pada salah satu set janakuasa berkeupayaan 95MW di salah satu IPP menyebabkan SESB terpaksa membuat catuan bekalan elektrik.

“Ini juga mengakibatkan kapasiti penjanaan sedia ada sebanyak 911MW tidak dapat menampung permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat terutama pada waktu beban puncak (peak demand),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau bagaimanapun berkata bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat bermula pada pukul 12.28 tengahari pada hari sama.

Katanya pengguna dinasihat untuk menghubungi Careline SESB di talian 15454 dan 088-515 000 ataupun menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp di 019- 852 5427 sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik.
oleh
Vivi Olviana Najurus

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.082603 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list