CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 7

Nana Puas Kisah Jadi Drama

[Copy link]
Post time 30-11-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Siti Nordiana kini mampu tersenyum menyaksikan kisah hidupnya menjadi inspirasi untuk drama bersiri berjudul Aku Seorang Perempuan selepas dua dekad menjadi anak seni.


Siapa sangka, kehidupan pelakon dan penyanyi yang mesra disapa Nana ini mampu menjadi inspirasi, sekali gus digarap semula oleh pengarah, Hashim Rejab dan 'dihidupkan' oleh barisan pelakon hebat.


Bagi pelakon berusia 38 tahun ini, dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa kehidupan peribadi dan kariernya akan diangkat dalam bentuk drama.




IG Nana




"Kisah ini diinspirasikan daripada kisah kehidupan dan kerjaya saya. Ketika pertama kali mendapat tahu mengenai projek ini, pelbagai perasaan timbul.


"Saya sendiri tak pernah menyangka bahawa kisah kehidupan saya akan dijadikan inspirasi untuk drama," katanya.


Menurut Nana, penonton dapat menyingkap sebahagian kisah hidupnya yang melalui pelbagai fasa naik dan turun menerusi drama lakonan Atikah Suhaime ini.


"Dalam drama ini, penonton dapat melihat jatuh bangun saya. Tujuannya untuk memberikan inspirasi kepada penonton, terutama wanita di luar sana supaya sentiasa bangkit daripada kejatuhan," katanya.


Nana berkata, dia juga tidak menolak elemen dramatik yang penting untuk diterjemahkan dalam sesuatu karya drama.


"Apabila kita bercakap mengenai inspirasi, ia bermaksud bukan 100 peratus daripada kisah benar yang diangkat.


"astinya akan ada babak yang ditambah dan digarap semula oleh pengarah untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. Jadi, akan ada babak serta watak yang ditambah," katanya.


Tambah Nana, barisan pelakon seperti Atikah, Fezrul Khan dan ramai lagi menambahkan keyakinannya untuk melihat hasil sambutan daripada peminat drama tanah air.


"Ketika pihak produksi menyerahkan senarai nama pelakon, saya tahu mereka adalah barisan pelakon hebat dan tak ada sebarang pertikaian.


"Kebanyakan daripada mereka sudah berada dalam industri seni lakonan untuk satu tempoh yang agak lama.


"Tugas saya adalah untuk berkongsi pendapat mengenai beberapa babak yang mungkin sesuai atau tidak sesuai direalisasikan," katanya.


Berkongsi pendapat mengenai Atikah yang memegang watak sebagai Siti Nor Aisyah, Nana mengangkat bakat Atikah di satu tahap yang menurutnya patut dibanggakan.




IG Nana




"Saya melihat keberadaan Atikah sebagai pelakon utama adalah susuk yang mampu menterjemahkan watak saya dengan baik.


"Memang saya boleh melakonkan watak sendiri, tetapi saya ingin melihat pelakon lain seperti Atikah untuk menggunakan kreativitinya dalam 'mencantikkan' lagi watak itu," katanya lagi.


Menurutnya, Atikah dan Fezrul banyak merujuk kepadanya untuk menambah 'input' dalam sesuatu babak.


"Atikah pun banyak merujuk kepada saya dan melihat bagaimana perwatakan saya. Begitu juga, Fezrul banyak bertanya saya.


"Itu semua tak menjadi masalah sebab saya yakin mereka tahu apa yang dilakukan.


"Atikah contohnya, ada meluangkan masa bersama saya. Kami keluar makan dan dia banyak berbual dengan saya sambil meneliti perwatakan saya.


"Banyak juga soalan yang dia tanyakan dan saya pun jelaskan secara terperinci. Saya minta dia corakkan watak itu kerana kalau ikutkan perwatakan saya sebenarnya, biasa-biasa saja," katanya.


Kini, drama yang ditayangkan itu mula mencuri tumpuan ramai penonton dan Nana meletakkan harapan positif untuk drama itu.


"Saya belum tonton secara keseluruhan, tetapi melihat kepada klip pendek yang dikongsikan di media sosial sosial, saya rasa Atikah sudah melakukan tugasnya dengan sangat baik.


"Dia berjaya menghidupkan watak yang dilakonkan itu," katanya.




Sumber: Harian Metro






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 01:49 PM | Show all posts
Nana Sendayan pun ada kisah biografi... kalah ye penyanyi nombor satu negara....yang adik dia berangan anak dia bakal jadi watak kakak sheols sewaktu kecil menjual kuih.....hujung-hujung kakak dapat anak dara sebijik muka kakak sheols.. ekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama ni bukan patut dah keluor lama dulu ke? Ke tayang semula?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
woven11 replied at 30-11-2022 02:53 PM
Drama ni bukan patut dah keluor lama dulu ke? Ke tayang semula?

Tu la yg keluar dgn atikah dulu tu mcm dah lama sblm covid kan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 03:34 PM | Show all posts


nyah bau hapak - siti nana

prffffffffffffffffght


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 03:40 PM | Show all posts
waaaaahhh siti nana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2022 03:54 PM | Show all posts
tahniah nana sendayan..kumpulkan lagi kekayaan mu..agitchu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 04:00 PM | Show all posts
tak pnh pun tengok cita ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040537 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list