CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Pulau Pinang] HPP perlukan bekalan darah

[Copy link]
Post time 30-11-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode
HPP perlukan bekalan darah

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Georgetown: Hospital Pulau Pinang (HPP) menyeru orang ramai menderma darah bagi mengisi bekalan darah yang berada pada paras rendah ketika ini.

Pegawai Penerangan Jabatan Perubatan Transfusi HPP Lina Diyana Ibrahim berkata, bekalan darah yang berkurangan ketika ini ialah B positif, O positif dan O negatif.

Katanya, keperluan bekalan darah berkenaan juga disebabkan permintaan yang tinggi bagi merawat pesakit di hospital berkenaan.

"Pusat Tabung Darah HPP pada masa ini menghadapi kekurangan darah jenis B positif, O positif dan O negatif namun kami mengalu-alukan orang ramai menderma darah supaya bekalannya berterusan.

"Bekalan darah berkurangan sejak awal November lalu dan diharap ia dapat di atasi segera bagi memenuhi keperluan pesakit pada masa ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Lina Diyana berkata, selain tampil ke Pusat Tabung Darah yang dibuka setiap hari, orang ramai juga boleh datang ke beberapa lokasi kempen bagi menderma darah.

Katanya, satu kempen derma darah akan diadakan di Lotus Egate, Georgetown mulai jam 10 pagi hingga 3.30 petang, esok.

Turut diadakan di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Balik Pulau pada 3 Disember (10 pagi hingga 4 petang) dan Wisma Hui Yen Seil Paya Terubong pada 4 Disember jam 9 pagi hingga 1 petang.

"Bekas pesakit Covid-19 boleh menderma darah selepas 10 hari bebas daripada gejala dan memastikan diri benar-benar sihat.

"Penderma yang sudah menderma darah sebelum ini boleh melakukannya semula selepas tempoh tiga bulan daripada tarikh akhir menderma," katanya.


Disiarkan pada: November 30, 2022 @ 12:10pm







sumber



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051264 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list