CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2174|Reply: 27

[Tempatan] Tak kelakar': Pelawak pro-PH dan LGBTQ,Jason Leong disekolahkan di Twitter selepas sindir pemimpin PAS

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-11-2022 10:46 AM


Seorang penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) menerima kecaman ramai selepas membangkitkan isu penguasaan bahasa Inggeris Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketika penyokong parti yang bersaing terus bertikam lidah di media sosial selepas lebih seminggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlalu.

Jason Leong, seorang pelawak yang aktif berkempen untuk PH di samping usahanya menepis tuduhan “mengkhianat” berikutan keputusan gabungan itu menerima pemimpin Umno yang terpalit skandal turut diserang berikutan ciapannya di Twitter: “Saya tak pernah jumpa Hadi Awang seumur hidup saya, namun anda boleh tahu yang beliau tak boleh berbahasa Inggeris.”

Ciapan Leong itu mengundang banyak balasan daripada pengguna Twitter, yang kebanyakannya membidasnya kerana membangkitkan topik yang tidak relevan, sementara ada juga yang memberi teguran kerana ciapannya itu menambah lagi kesukaran kepada penyokong PH di media sosial.

"Dengan semua fitnah dan sampah yang dituju kepada saya dari PN, saya tidak tahu sama ada saya perlu berikan respons dengan marah atau tidak melayannya.

“Apa pun, saya menyuarakan sentimen ramai yang lain bahawa PH harus mempunyai pasukan komunikasi yang berdedikasi untuk menentang maklumat yang salah," kata Leong, cuba mempertahankan kenyataannya di tengah-tengah balasan bertubi-tubi daripada warga Twitter.

"Dengan serangan peribadi seperti ini terhadap PN, anda juga menyebabkan keadaan tidak menjadi lebih mudah (untuk penyokong PH),” kata satu ciapan.

Tidak berputus asa, Leong mempersoalkan: “Mengapa pula ini (dianggap) sebagai serangan peribadi?", namun ia segera dijawab seorang pengguna lain: "Mereka nak beritahu jika tak ada hal yang baik untuk diperkatakan, baiklah diam sahaja”.

Mohammad Faeez Harith, yang mempunyai kira-kira 77,000 pengikut di Twitter, turut menjawab ciapan Leong: "Saya tidak pernah bertemu Jason Leong dalam hidup saya, tetapi anda boleh tahu sebagai seorang pelawak dia tak kelakar."

Berikutan ciapan Faeez, ramai yang menyatakan mereka bersetuju dengannya Leong bukanlah seorang pelawak yang bagus.

Pengguna ir.syid berkata dia pernah menonton salah satu persembahan komedi Leong.

"Tak kelakar, banyak kali saya tertidur. Entah mengapa saya bodoh sangat nak tengok persembahannya."

"Nahhh... lainlah, tak berbaloi nak buang masa (untuknya),” balas seorang lagi.

"Dia ini pelawak? Saya fikir dia seorang...," kata Supetiter, menggunakan emoji badut.

Pengguna lain turut berkongsi ciapan daripada seorang penyanyi hip-hop tempatan Joe Flizzow:

"Jangan berlagak pandai jika anda lebih pintar berbual. Kadang-kadang lu punya berbual pun kosong je pun."

Sementara itu, seorang pengguna Twitter menyiarkan rakaman pendek temu bual Hadi di saluran berita Arab, menunjukkan beliau membuat kenyataan tentang pertembungan ideologi dalam bahasa Arab yang fasih.

"Jason Leong merendahkan orang seperti dia tahu bahasa Arab," tulis Amru.

"Merendahkan taraf orang lain menjadikan hidup awak lebih baik? Apa jenis doktor kamu ini?” tanya T2woFace, merujuk kepada ijazah perubatan Leong.

Sementara itu, Leong dilihat tidak mengendahkan bebenang ciapan tersebut, dan terus berkongsi pandangannya mengenai perkembangan lain, termasuk pendiriannya mengenai undian baru-baru ini di Parlimen Singapura untuk menyahjenayahkan seks golongan gay.

"Majulah Singapura," ciap Leong mengalu-alukan pemansuhan Seksyen 377A Kanun Keseksaan di negara jiran itu.


https://www.malaysianow.com/my/news/2022/11...ir-pemimpin-pas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 10:45 AM | Show all posts
lawak apakah yang dilontarkannya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak apa tu...what ijit u trying to impry leong...that ur england is so good ijit...haiyaaa so sohai meh...why u so cheapskate hor
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw Dr apa dia ni why iq so low one...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:36 AM | Show all posts
dok terijit ijit jelo jelo, lagi mau kata olang. haiyyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sooo??? takleh ckp omputih jah isunya. eh nyampah plak. so omputih smua pndai2 lah?. kalau acikhadi tu paham lah nk berbunyik dh kalah, ko menang pun bunyik jugak?? pastu tembak english jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau apa dia kata tu betoi, tapi apa motif Dr ni bakar line? Kalau kata kaum dia tak fasih cakap bahasa kebangsaan dia marah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 30-11-2022 11:46 AM
Walau apa dia kata tu betoi, tapi apa motif Dr ni bakar line? Kalau kata kaum dia tak fasih cakap ba ...

Dia tak marah, yang dia marah kalau kata pendatang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 12:12 PM | Show all posts
doktor apa ko kalau cebok berak pun tak bersih guna air

bak kata pyropura.. selet

dasar bangsa etis




Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha tgk kaduk naik junjung. Expected. Lps ni akan ada rmi lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 12:48 PM | Show all posts
so what kalau hadi can't speak english pun ?  salah dari segi perlembagaan ke ? ada langgar apa2 act, rules & regulations ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang xreti cakap melayu walhal da merdeka 65 tahun dan dah sah2 warganegara malaysia di ic harammmm tak pula diciapkan ... Ehhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:07 PM | Show all posts
Only in Malaysia, being conversant in English is seen as a sign of intelligence.

Sebab tu ada golongan yang nampak bijak hanya kerana fasih berbahasa Inggeris (walaupun dengan telo Tiongkok/tamil), padahal apa yang keluar dari mulutnya tidak lain hanya sampah belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:17 PM | Show all posts
Walaupun i ni bukan pro PAS..tapi kenyataan seperti ini menunjukkan betapa rendahnya IQ pelawak ni. Bahasa tak menunjukkan kepandaian seseorang ye....Time macam ni, mengutuk bukan caranya. Ni dah kira tahap mengapi-apikan. Apa salahnya cuba menerangkan kepada orang ramai yang sering keliru dengan u punya bangsa. Bukan mengeji pemimpin diorang. Kalau mcma ni punya perangai...takut pisang berbuah 2 kali je...Tak sampai sepenggal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:32 PM | Show all posts
by the way mamat ni doctor kan..berenti jadi pelawak la trus kan kerjaya anda sebagai pelawak
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Perwira2022 at 30-11-2022 01:36 PM

Pandai berbahasa Inggeris pun tak guna kalau asyik kena kencing PH. Disuruh undi PH tapi dapat penyamun BN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia plak, boleh cakap bahasa Malaysia tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng ph acah terpelajar berfikiran terbuka sama mcm golongan woke tapi hipokrit 2x5 je
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:52 PM | Show all posts
Salah satu masalah penyokong pro PH, bajet urban, paling pandai dan paling bijak english sangat. Sebab tu korang still kalah di kawasan luar bandar.

Ramai penyokong pro PN geng PAS yang bijak pandai. Dari prof, doktor, lawyer, jurutera blablabla. Tapi mereka lebih low profile dan berjaya menambat pengundi luar bandar.

Belajar2 la rasional sikit bila berhujah.. takat english jadi isu, poyo la kau Jason.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka topui kuat mkn kerbau pendek betui si Jason tuh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.213704 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list