View: 2062|Reply: 38
|
[Tempatan]
Hadi sedia ke Bukit Aman untuk disiasat
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 29-11-2022 09:03 PM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu polis menyiasat pemimpin parti itu.
Ditanya mengenai kenyataan dibuatnya yang dianggap keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara, Abdul Hadi berkata dia akan memberikan kerjasama jika perlu.
"Nak report (polis) report-lah, saya sedia pergi Bukit Aman tak apa," katanya ringkas pada sidang media selepas program ceramah sempena pilihan raya kecil DUN Tioman, Pahang, malam tadi.
Semalam Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang mendedahkan perkara itu dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.
Kempen menjelang PRU ke-15 dan hari-hari selepasnya menyaksikan sesetengah pihak memainkan sentimen kaum dan agama untuk mengolah sokongan terhadap pihak tertentu.
Antara isu yang dibangkitkan ialah kononnya tragedi 13 Mei akan berlaku sekali lagi jika PH diberi sokongan untuk menjadi kerajaan.
Semalam Malaysiakini juga melaporkan Abdul Hadi menuduh DAP - salah satu parti komponen PH - mempromosikan Islamofobia di negara ini.
Kenyataan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap kenyataan kebencian yang didakwa disebarkan oleh ahli dan penyokong PAS secara dalam talian semasa dan selepas PRU ke-15.
Ketika ceramahnya pada 16 Nov, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin pula mendakwa PH adalah ejen Yahudi dan Kristian yang ingin menjajah Malaysia.
Bagaimanapun, Muhyiddin kemudiannya mendakwa kenyataannya yang mengaitkan PH sebagai ejen Yahudi telah petik di luar konteks.
https://www.malaysiakini.com/news/646158
Berita terkait..
Satu laporan polis telah dibuat terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan kenyataan fitnah yang dibuat beliau samada melalui percakapan atau tulisannya menerusi media sosial.
Sebuah NGO Islam, Raudhatul Muslimin yang berpusat di Ampang telah membuat laporan itu di Balai Polis Ampang jam 4.30 petang semalam.
Menurut satu kenyataan NGO berkenaan, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis membuat siasatan terhadap kenyataan-kenyataan berunsur jahat dan fitnah.
“Laporan polis telah dibuat bagi menjamin ketenteraman orang awam (dan menghalang) dari sebarang kenyataan media terus dibuat oleh beliau dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Umat Islam harus membela kebenaran dan bukannya menabur fitnah atau berusaha menggugat sebuah kerajaan perpaduan seperti dititahkan oleh Yang DiPertuan Agong,” kata NGO berkenaan dalam satu kenyataannya.
https://malaysiadateline.com/ngo-islam-buat-laporan-polis-terhadap-presiden-pas/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hadi ni sarban aje putih, tapi hati hitam |
|
|
|
|
|
|
|
nak pegang sepanduk la "takbir takbir"
dalam hati kianat kaudu kata ko |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih betul dengan dia ni. Baru bangun dr lena gamaknya. Aktif nampaknya. Semoga kedatangan ke parlimen boleh dapat grade A kali ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 29-11-2022 06:18 PM
Lobai rasis pemecah belah umat ni patut kena buang negeri jah dok afganistan dgn puak2 taliban baru ada akai..ntah2 x sampai seminggu dok sana dah menggelupor nak balik Msia yg liberal nih |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke gambo hj hadi masa muda |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi berkempen, lautan api sanggup ku renangi x sama mcm nk dtg ke parlimen, lebai hipokrit |
|
|
|
|
|
|
|
PASedes...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Seorang yang sore loser! Puak2 dia mostly perangai mcm ni la. Ada kawan aku, laki dia menang dun, dok meratap takut dap takut dap, siap dok fwd ahli dun negeri org2 dap, sedangkan yang betul2 dilantik baru lepas angkat sumpah depan soltan (dan bukan seperti yang beliau ratibkan ittewwww)......dasar pemfitnah!!!! tudung labuh ke pusat....dahi bertanda hitam berlebai...tapi fitnah numero uno! |
|
|
|
|
|
|
|
Bg dia masuk penjara..biar.mulut tu diam sikit dan insaf diri..x sangka puak lebai hati kotor..kau tu pun mb plg celaka kat tganu..x pandai buat keje..lg nak kutuk org..insaf sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-11-2022 06:14 PM
Takde ke gambo hj hadi masa muda
Tak pernah tgk lagi. Tapi gambar tgna masa muda ada tengok. Siap berkot tali leher. Good looking juga masa muda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kebenaran terbukti. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-11-2022 07:26 PM
Tak pernah tgk lagi. Tapi gambar tgna masa muda ada tengok. Siap berkot tali leher. Good looking j ...
Oooh sbb sana sini org duk share gambar2 lama ahli politik nih takde plak penampakkan gambar hj hadi ni masa muda |
|
|
|
|
|
|
|
Btw byknya trit dia nih yeaa nak kata eye candy idok la plak
Tp terpaksa jela hadap selagi luka dihati masih basah |
|
|
|
|
|
|
|
cakak sedap kekgi kena tahan menggelupur nk bayar denda & saman.. Sudah2 la pok hadi oi... G pencen main ngan cucu nuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-11-2022 06:14 PM
Takde ke gambo hj hadi masa muda
Ada chuols
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-11-2022 08:10 PM
Oooh sbb sana sini org duk share gambar2 lama ahli politik nih takde plak penampakkan gambar hj ha ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|