CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Selangor] Selangor miliki 1.8 juta kanak-kanak, paling ramai di Malaysia

[Copy link]
Post time 28-11-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Statistik Kanak-Kanak Malaysia 2022 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun paling tinggi direkodkan di Selangor dengan 1.8 juta orang atau 25.8 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri itu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata selain Selangor, negeri kedua tertinggi jumlah kanak-kanak adalah Johor dengan 1.12 juta orang, diikuti Sabah 1.06 juta orang.

Beliau berkata, bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun paling rendah pula direkodkan di Labuan dengan seramai 30,000 orang.

"Jumlah kanak-kanak pada tahun ini membabitkan 28.1 peratus daripada keseluruhan penduduk negara iaitu 32.65 juta.


"Bagi jumlah komposisi kanak-kanak bawah lima tahun pada tahun ini pula merekodkan sebanyak 2.39 juta atau 26 peratus daripada jumlah kanak-kanak di negara ini. Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur di bawah umur lima tahun masing-masing adalah 1.22 juta dan 1.17 juta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, Mohd Uzir berkata, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan meningkat 4.9 peratus kepada 6,144 orang pada tahun lalu berbanding 5,858 individu pada tahun sebelumnya.

"Kanak-kanak perempuan pula melebihi kanak-kanak lelaki iaitu masing-masing 4,005 orang dan 2,139 orang. Bilangan kes kumulatif orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar pada 2021 ialah 148,000 orang," katanya.

Sementara itu, mengenai kadar pemberian vaksin COVID-19 kepada individu berusia lima hingga 17 tahun di negara ini, Mohd Uzir berkata, pada tahun lalu sebanyak 2.74 juta orang sudah menerima dua dos lengkap vaksin.

"Selain vaksin COVID-19, pelalian juga adalah satu proses memberi vaksin kepada bayi yang bertujuan membantu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi bayi daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa mereka serta mencegah penyakit berjangkit.

"Terdapat lima pelalian diberikan kepada bayi berumur kurang setahun iaitu Bacillus Calmette-Guerin (BCG), Poliomyelitis (Polio), Diphtheria, Tetanus & Pertussis (DTP), Haemophilus Influenzae type B (HIB) dan Hepatitis B.

"Semua liputan pelalian mencatatkan penurunan pada 2021 kecuali BCG yang kekal 98.8 peratus. Ketiga-tiga pelalian iaitu Polio, DTP dan HIB menunjukkan penurunan sebanyak 3.5 peratus kepada 94.2 peratus pada 2021 berbanding 97.7 peratus pada 2020.

"Bagi pelalian Hepatitis B, ia menunjukkan penurunan 8.2 peratus iaitu 93 peratus pada tahun lalu berbanding 101.2 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... g-ramai-di-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.069563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list