View: 787|Reply: 2
|
[Politik]
'Menteri Kereta Terbang'
[Copy link]
|
|
Belalang ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.
Menerajui Kerajaan Perpaduan, menggabungkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas, kini Perdana Menteri tidak boleh menoleh belakang lagi.
Bagi Belalang, Kerajaan Perpaduan yang wujud ini dan memperoleh majoriti dua pertiga kena singkatkan tempoh 'berbulan madu' kerana polemik politik yang berlaku pasca PRU15 dilihat masih belum reda sepenuhnya.
Masih ada kumpulan yang 'patah hati' dengan keputusan PRU15, kecewa apabila gagal menjadi kerajaan walaupun menang, selain masih ada kelompok rakyat keliru dengan kewujudan kerajaan perpaduan, perlu diuruskan dengan segera kerajaan baharu ini demi mengekalkan keharmonian.
Selepas ini, tumpuan pasti terarah kepada pelantikan barisan Jemaah Menteri bagi mengisi Kabinet kerajaan perpaduan. Belalang berpendirian, Perdana Menteri wajar mengambil kriteria tertentu dalam memilih Ahli Parlimen untuk dilantik menjadi menteri.
Apa yang penting, pemilihan terbabit dilakukan merentas parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, namun kedudukan atau jawatan Ahli Parlimen terbabit di dalam parti tidak wajar dijadikan kriteria dalam pemilihan menjadi menteri.
Sebaliknya, pemilihan perlu dibuat berdasarkan merit, kelayakan dan kemampuan seseorang Ahli Parlimen seperti latar belakang pendidikan, pengalaman dalam bidang diceburi, aktiviti kemasyarakatan, sahsiah, bersih dan bebas daripada kontroversi serta berintegriti.
Menteri yang dilantik itu pula dipastikan mampu berfungsi dan bertugas seiring perkembangan semasa serta memiliki kompetensi untuk mengharungi cabaran masa hadapan, terutama ketika dunia diramal berdepan krisis ekonomi global pada tahun mendatang.
Mereka perlu memiliki wawasan dan hala tuju jelas dalam merangka atau mewujudkan dasar baharu untuk kepentingan rakyat tanpa mengira agama, kaum dan adat budaya, tanpa mengorbankan perkara teras dalam Perlembagaan negara.
Dalam hal ini, Belalang berharap Anwar perlu tegas dan 'cakap serupa bikin' dalam soal pemilihan barisan Kabinetnya supaya dapat memenuhi mandat dan harapan baharu rakyat serta negara, serta memenuhi janji ingin dipenuhi selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.
Anwar patut mengambil iktibar daripada pengalaman pembentukan kerajaan pasca PRU14 pada 2018 apabila ada Jemaah Menteri dilantik, tidak kompeten, menimbulkan rasa sangsi masyarakat, mengemukakan idea atau perancangan tidak realistik seperti 'kereta terbang' selain bersifat perkauman.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032555/menteri-kereta-terbang |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
The Flying Car Minister is a high-ranking position in the flying car department of the world's largest plane corporation. It's a part-time job that flies people all over the world, while they work on building the world's first actual flying cars. And it sounds like a great job too! Get this briansclub for the new latest crypto ways. They're still hanging around in Hollywood movies and television shows, but we're closer than we think to see them in real life — at least speeds up to 184 mph faster than any automobile currently on the market. |
|
|
|
|
|
|
| |
|