|
O YEONG-SU
SEOUL: Pelakon drama bersiri paling popular Netflix, Squid Game, O Yeong-su didakwa di mahkamah negara itu atas kesalahan gangguan seksual.
Lapor The Guardian, berdasarkan laporan media tempatan, aktor berusia 78 tahun itu didakwa menyentuh tubuh badan seorang wanita secara tidak senonoh pada 2017.
Jelas laporan itu, pihak pendakwaan Korea Selatan mendakwa Yeong-su tanpa ditahan pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, Yeong-su menafikan dakwaan terhadapnya.
Seorang pegawai pejabat pendakwa daerah Suwon berkata, segala yang dilaporkan oleh media tempatan mengenai Yeong-su adalah `tidak betul secara fakta’.
Beliau bagaimanapun, tidak memperincikan sebarang butiran lanjut berhubung dakwaan berkenaan.
Media tempatan melaporkan, susulan dakwaan itu, Kementerian Kebudayaan Korea Selatan memutuskan untuk berhenti menyiarkan iklan kerajaan yang menampilkan Yeong-su.
Yeong-su yang memegang watak ‘player 001’ dalam drama Squid Game, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelakon Korea Selatan pertama memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Golden Globe Awards 2022 yang diadakan pada Januari lalu.
Pelakon veteran itu mengetepikan nama-nama besar Hollywood seperti Kieran Culkin, Brett Goldstein, Mark Duplass dan Billy Crudup untuk meraih anugerah tersebut.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... n-gangguan-seksual/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|