CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Kelantan] Suri rumah mengaku salah miliki 277.9 gram syabu dijel 12 tahun

[Copy link]
Post time 27-11-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis mengiringi Soe Soe (kiri) untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang suri rumah warganegara Myanmar dihukum penjara selama 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 277.9 gram, tiga tahun lalu.

Tertuduh Soe Soe, 53, membuat pengakuan bersalah di akhir perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas.

Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata, meskipun mahkamah wajar memberi pertimbangan terhadap tertuduh yang menjadi mangsa oleh pihak tidak bertanggungjawab, namun mahkamah memandang serius isu terbabit.

“Jumlah dadah yang dibawa oleh tertuduh dalam kuantiti yang banyak sekali gus ia memberi kesan kepada negara. Hukuman perlu dikenakan bagi mewujudkan kebencian masyarakat terhadap kes dadah.

“Tertuduh juga merupakan orang dewasa. Keluarga dan suami sepatutnya sedar akan jenayah dilakukan ini. Tertuduh merupakan warga asing dan perlu hormati undang-undang negara ini yang membenci dadah. Hukuman ini diharap dapat beri pengajaran kepada tertuduh dan warga asing lain bahawa Malaysia benci dadah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Soe Soe didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 277.9 gram di pos sekatan jalan raya (SJR), Pasukan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) di Lalang Pepuyu dekat Tanah Merah kira-kira pukul 1.30 pagi pada 8 September 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman penjara lima sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Cheang Chu Yong, memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara selepas melihat faktor kesihatan tertuduh yang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan gastrik.

Katanya, selain itu, kesalahan tersebut juga merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh anak guamnya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal ekoran kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan kesalahan berat.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara 12 tahun terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 2019. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... abu-dijel-12-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055201 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list