View: 323|Reply: 0
|
Richarlison hampir mati ditembak perompak
[Copy link]
|
|
Pemain Brazil, Richarlison menjaringkan gol kedua pasukannya ketika berdepan Serbia di Stadium Lusail dekat Qatar. - Foto Reuters
DOHA: Richarlison sering dianggap sebagai seorang yang gila dan hakikatnya mudah untuk mencari bukti di dalam mahupun di luar padang untuk menyokong teori itu.
Dalam tempoh beberapa hari dia menghina seorang wartawan Jerman di hadapan pengamal media kerana mengkritik Neymar dan sebelumnya dalam satu temu bual mengenai apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, dia menyatakan mahu pergi menetap di sebuah pulau yang dipenuhi dengan wanita sekali gus meniru gambar tular Ronaldinho.
Ia terbukti menerusi persembahannya di tengah padang ketika dia dilihat tidak berputus asa mengejar pemain pertahanan lawan.
Penampilan sulung Richarlison pada Piala Dunia Qatar 2022 ternyata sempurna, menjaringkan kedua-dua gol ketika Selecao mengatasi Serbia 2-0.
Richarlison meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan ketika bertemu Serbia. - Foto Reuters
Dia meraih anugerah pemain terbaik perlawanan itu kerana kebijaksanaan dan tindakan akrobatiknya.
Bagi gol pertama, dia ternyata lebih pantas berbanding pemain lain, bertindak balas dengan cepat menyambut bola muntah susulan percubaan Vinicius Junior.
Gol kedua pula menjadi bualan hangat di seluruh dunia kerana tiada siapa yang mampu menafikan ia antara gol terbaik pada Piala Dunia setakat ini.
Vinicius meluru ke depan dan melambungkan bola ke dalam kotak penalti. Di sana dengan tempoh dua saat diambilnya, Richarlison mengawal bola dengan kaki kirinya dan ketika bola melantun di tanah, dia menghasilkan sepakan gunting padu penuh akrobatik yang menerjah jaring gol lawan.
Namun tidak ramai yang tahu Richarlison hampir terbunuh dalam satu insiden rompakan.
Itulah episod paling kritikal pada zaman kanak-kanaknya apatah lagi kehidupannya tidak menentu susulan perceraian kedua ibu bapanya ketika usianya baru mencecah tujuh tahun.
Reaksi Richarlison selepas meledak gol. - Foto AP
Bapanya yang berdepan masalah kewangan dan kemurungan bekerja di Minais Gerais.
Richarlison tinggal di Nova Venecia bersama ibunya, dua abang dan dua adik perempuan di rumah yang amat kecil, terpaksa bekerja sejak usia 11 tahun dengan menjual ais krim, mencuci kereta dan membantu datuknya di ladang.
Keluarganya bimbang mengenai keselamatannya di kawasan yang dibelenggu dadah, senjata api dan beg wang rompakan setiap hari.
Kemudian pada suatu petang, ketika pulang bersama seorang rakan selepas satu perlawanan bola sepak, dia dirompak.
Perompak itu mengacukan pistol ke arahnya tetapi Richarlison berjaya melepaskan diri.
Dia seorang pemain yang tidak kenal erti putus asa dan ketika melakukan penampilan sulung bersama Brazil dia berkata: "Saya rasa saya baru tiba di planet lain. Saya menyarung '9' bagi dua perlawanan pertama dan saya berasakan berat jersi ini dua kali lebih berat daripada yang lain."
Tidak hairan juga Tite amat mempercayai bakat dimilikinya dan Richarlison boleh berbangga dengan 19 gol dalam 39 penampilan bersama Brazil, juara dunia lima kali, setakat ini.
Richarlison bersama rakan baiknya Neymar (kanan).
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-ditembak-perompak |
|
|
|
|
|
|
| |
|