PAS tak sertai Kerajaan Perpaduan, jadi pembangkang konstruktif
KUALA LUMPUR: PAS menegaskan tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif bersama Perikatan Nasional (PN).
Kenyataan terkini dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, itu menyusul kira-kira 24 jam selepas parti itu memaklumkan akan membincangkan tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan bersama rakan komponen PN.
Ia senada dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menegaskan gabungan parti politik itu akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen.
"Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum, PAS berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP.
"Ia demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya pengundi yang memilih PAS dan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya Takiyuddin melalui kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu Takiyuddin berkata, PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip prihatin, bersih dan stabil.
Semalam, Takiyuddin melalui kenyataan kepada media memaklumkan selain berbincang dengan rakan komponen dalam PN, PAS juga akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi yang memberikan undi memberangsangkan kepada PAS dan PN dalam PRU15.
Ia susulan sidang media sulung Anwar selepas mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri yang mengajak PN mendukung Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkannya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Post time 26-11-2022 09:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia kaa yg sembang rezab nadir bumi berbeliyun² dibawah tanah Srombi Mekoh yg bakalan dijarah selepas majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan.
Umpama sembang deras aktiviti projek moden pembangunan bercampur seluas ribuan ekar pantai paya bakau di dalam majlis CSR Perasmian Menanam Sejuta Pokok Hijaukan Bumi.
Post time 26-11-2022 11:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Skrip hudud 2.0 dah siap ke belum tu?
Rindu nak dengar walauncai ratib hudud setelah sekian lama tak berkutik pasal hudud masa lobai jadi kerajaan tebuk atap
Post time 27-11-2022 12:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 26-11-2022 11:19 PM
Janganlah sakau boksit. Takut jadi boksit v2.0 planet merah. Taknak rakyat merana.
Dia tak sebut bokshit.
Nadir bumi ada berjenis².
Tapi yg pasti, depa tengah diskusi dgn kerajaan pusat macamana, bila, bagaimana dan siapa yg bakal akan mendapat pengoperasian dan habuan dari sumber dalam tanah tu.
Post time 27-11-2022 01:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
PH tak payah masuk bertanding PRN Kelantan 2023 untuk beri laluan kepada BN. Tapi BN sendiri pun bermasalah berbalah sama sendiri. Penyokong BN sama ada tak keluar mengundi atau undi Pas. Waktu terbaik utk tukar kerajaan negeri adalah zaman Najib dulu. At least sempat la merasa projek dari federal.
Apa nak buat sebab pengundi Kelantan ni tak cerdik mcm pengundi di Terengganu. Pas Kelantan kena sedar diri dan tukar calon-calon ulama ni dengan calon muda professional yang boleh beri idea baru. Bila bagi jawatan tinggi kepada ulama tua mmg jadi mcm skrg la. Diaorg mana ada idea baru.
Post time 29-11-2022 12:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Skuau replied at 27-11-2022 02:24 PM
Jgkn korang..secara 'individu'..PAS la dpt kerusi terbanyak PRU-15 ni...DAP pon kalah....Patut PM dr ...
Sekoq jadi piyem sebelum ini nak memperkasa kheun bahasa melayu globally....dipentas dunia....
So kalau paspispus diangkat jadi piyem.....bila dipentas dunia nak memperkasakheun apa pada seluruh dunia?
Ajar wirid DAP DAP DAP?