CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Selangor] Projek perumahan curi bekalan air bersih tumpas

[Copy link]
Post time 26-11-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Lokasi tapak projek pembinaan rumah yang disyaki mencuri air daripada Air Selangor.

Projek perumahan curi bekalan air bersih tumpas



CYBERJAYA – Sebuah tapak pembinaan rumah teres setingkat di Bukit Changgang, Banting, Selangor diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didapati mencuri bekalan air milik Air Selangor.

SPAN menerusi kenyataan akhbar berkata, serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan SPAN dengan bantuan Air Selangor semalam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, terdapat penyambungan bekalan air secara tidak sah (pintasan pada tetiang meter) dan ia menyalahi undang-undang.

“Difahamkan bekalan air ini digunakan untuk operasi pembinaan dan aktiviti harian pekerja.

“SPAN telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan tindakan pemotongan bekalan air yang tidak sah tersebut telah dilakukan,” katanya tadi.

Katanya, operasi penguatkuasaan sebegini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki membuat sambungan bekalan air menyalahi undang-undang.

“Kes ini disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau di penjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

SPAN turut menasihatkan orang untuk memaklumkan kepada operator air jika terdapat sebarang kegiatan mencurigakan termasuk aktiviti mencuri bekalan air bersih dan penyambungan bekalan air secara tidak sah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -air-bersih-tumpas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.072179 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list