CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5147|Reply: 83

[Tempatan] Langkah Tropicana:Ismail Sabri kata jumpa kawan pun tak boleh?Semua orang sudah gila.Wee Kah Siong kata kebetulan je jumpa Ismail Sabri di sana....

  [Copy link]
Post time 26-11-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 26-11-2022 05:29 PM



SHAH ALAM – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong masing-masing menafikan terdapat pertemuan tertutup melibatkan pemimpin BN dan Pas di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, pada Jumaat.

Ismail Sabri berkata, segala tindakannya kini disalah tafsir sehingga dianggap pengkhianat jika bertemu dengan rakan daripada Pas manakala pihak yang bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.

Tak betul (pertemuan tersebut). Mana ada perjumpaan melibatkan 10 orang itu. Tengok senarai nama tu lima orang sahaja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.

“Hari ini nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan Pas (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila,” lapor Malaysiakini.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung perjumpaan diberi julukan 'Langkah Tropicana' yang turut disertakan dengan beberapa gambar ketika pertemuan tersebut.

Sepuluh pemimpin BN dan Pas didakwa terlibat dalam pertemuan tertutup itu.

Selain Ismail Sabri, pemimpin lain yang didakwa terlibat dalam pertemuan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.



Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan pada Jumaat, hanya menghadiri majlis perpisahan bersama bekas kakitangannya di Jabatan Perdana Menteri, tetapi terdapat fitnah yang mengatakan bahawa beliau bersama Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu katanya, pemimpin UMNO lain seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut difitnah bahawa beliau membuat gerakan untuk melawan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang ini, kerana nak sokong orang lain bentuk kerajaan dan angkat orang jadi Perdana Menteri, pemimpin UMNO memaki hamun sesama sendiri dan memecahbelahkan UMNO,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong menerusi hantaran di Facebooknya turut melahirkan rasa kesal dengan fitnah kononnya beliau terlibat dalam mesyuarat tertutup berkenaan.

Bekas Menteri Pengangkutan itu juga menegaskan tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan mana-mana wakil parti politik.

“MCA telah menyatakan pendirian jelas iaitu akur dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu dalam masa sama turut menjelaskan situasi yang berlaku pada Jumaat.

“Ya, pagi semalam (Jumaat) saya memang pergi ke Tropicana Golf Club atas jemputan dua orang usahawan untuk bersama-sama brunch dimsum di Chinese Restaurant, di kelab tersebut.

“Apabila tiba di Tropicana, saya terserempak dengan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersarapan di kafe sebelah dengan Chinese Restaurant.

“Saya bertegur sapa dengan Perdana Menteri kesembilan sebelum dua orang rakan saya tiba. Apabila rakan-rakan saya tiba, saya terus masuk ke Chinese Restaurant,” ujarnya

SumberSinarHarian


Terkini: Pemimpin Umno dan PAS bertemu lagi, akan runtuhkan kerajaan Anwar?. Satu hantaran dari Ketua Bahagian Umno, Dato Jamal Yunos hari ini menggemparkan politik negara sekali lagi apabila kelihatan pemimpin Pas dan Umno sedang berkumpul di sebuah tempat. Berikut merupakan hantaranya di facebook:-

Perjumpaan Tertutup Tertutup Pemimpin BN dan PAS*

Pada 25 November 2022 (Jumaat) jam 10.30 am hingga 12.00 pm bertempat di Coffee House, Main Wing, Tropicana Golf Resort, Tropicana, Petaling Jaya berlangsung perjumpaan tertutup beberapa pemimpin BN dan PAS yang diketuai oleh Dato’ Sri Ismail Sabri.

Kehadiran

2. Seramai 10 orang yang terdiri daripada pemimpin BN dan PAS telah hadir. Antara yang dikenali ialah :-
(a) Dato’ Sri Ismail Sabri (Naib Presiden UMNO);
(b) Tan Sri Annuar Musa (KUB Ketereh);
(c) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS);
(d) Wee Ka Siong (Presiden MCA); dan
(e) Tun Faisal Ismail bin Aziz (bekas KUB Putrajaya).


SumberJamal Yunos FB a.k.a Jamal Jamban

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 26-11-2022 03:34 PM

Adakah akan bocor lagik atap sebab ditebuk?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ, H20 tak de ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh ke buat meeting kat tempat ekonomi skit? #langkahekonomi


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 26-11-2022 03:33 PM
KJ, H20 tak de ke?

Lagik satu, Noh Omar tak der ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-11-2022 03:35 PM
Takleh ke buat meeting kat tempat ekonomi skit? #langkahekonomi

Situ bukan mcm golf course tua ke? Nice ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk Pas Leak tu, Takiyuddin ni mmg jahatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
liton replied at 26-11-2022 03:40 PM
Kalau tgk Pas Leak tu, Takiyuddin ni mmg jahatlah.

cuba intai2 kot samsuri mb ganu tu ada skali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul mereka berbincang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, merekq boleh dianggap derhaka terhadap titah YDPA..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 26-11-2022 03:42 PM
cuba intai2 kot samsuri mb ganu tu ada skali

Ha ah mmg dia org berdua yg jahat. Gigih kesana - sini cari geng penjahat. Lobai mmg munafik .





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm xtutup je buat kat public place siap ada polis jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 26-11-2022 03:46 PM
Kalau betul mereka berbincang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, merekq bo ...

sbb tu rasanya kita boleh chill2 je la, tengok nnt reaksi ydpa dan raja2 bila langkah sheraton 2.0 terjadi lagi dan majoriti muka sama menebuk atap
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nafi sudahh, tapi kalau betul pon takkan la nak ngaku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 26-11-2022 04:10 PM

Menggelupur macai2 Zahid penjilat cirit Pak Non dan panatik2 reformasi penjilat cirit Zahid
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 26-11-2022 04:08 PM
Menggelupur macai Zahid penjilat cirit Pak Non dan panatik2 reformasi penjilat cirit Zahid

Tak menggelupor aih.. org baca Cari Forum ja menggelupor. Umno nak “clear” Bersatu…. Sooo?

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
juboqhang replied at 26-11-2022 04:10 PM
Tak menggelupor aih.. org baca Cari Forum ja menggelupor. Umno nak “clear” Bersatu…. Sooo?

:sh ...

Tak perlu sentap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Neh semua yg ada list nama kat fb jib la tuh.
Sudah2 laa nk melangkah sana sini , dah la asik miting kat hotel je balai raya tu sepi je takde pun berlonggok kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 26-11-2022 03:46 PM
Kalau betul mereka berbincang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, merekq bo ...

Org derhaka Agong eloklah lucut kan warganegara. Sbb org2 mcm ni lah mencabul demokrasi berparlimen
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 26-11-2022 03:33 PM
KJ, H20 tak de ke?

Kalau pasal pasleak tu H2O dah komen kat fb najib menafikan

KJ tu mcm tak masuk campur jer, dia bising2 tu ada sebut tak dia sokong PN?

Nama dia pun takde dlm list kat fb najib tu.
Lagipun dengarnya dia dah kena risik ngn wakil dr PH, tunggu masa nak sarung cincin je
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 26-11-2022 03:46 PM
Kalau betul mereka berbincang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, merekq bo ...

Katanya bkn perjumpaan tertutup, Tun Faisal dah komen marah2 kat fb jamal pak tongkol tu

Iols rasa depa kopi2 sambil main golf sambil ngumpat juga laaa memandangkn semuanya sekapal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.094223 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list