CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 2

Kris Wu dipenjara 13 tahun

  [Copy link]
Post time 26-11-2022 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Kris Wu dipenjara 13 tahun



Beijing : Pelakon dan penyanyi China dan Kanada, Wu Yi Fan, 32, atau lebih dikenali Kris Wu dijatuhi hukuman penjara 13 tahun atas kesalahan merogol oleh mahkamah di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan Mahkamah Daerah Chaoyang Beijing selepas Kris didapati bersalah atas dua kesalahan iaitu melakukan jenayah rogol dan mengumpulkan beberapa individu lain melakukan aktiviti seksual.

Bagi kesalahan jenayah rogol, Kris dihukum penjara selama 11 tahun enam bulan, manakala 22 bulan atas hukuman mengumpulkan orang untuk aktiviti seksual.

Kris yang juga bekas anggota kumpulan K-pop, EXO itu dilaporkan melakukan perbuatan seks bersama tiga wanita di kediamannya tanpa kerelaan mangsa.

Ketika kejadian pada November hingga Disember 2020, semua mangsa tidak sedarkan diri kerana berada dalam keadaan mabuk.

Pada Julai 2018, Kris turut didapati bersalah melakukan aktiviti seks bersama dua wanita selepas mereka mabuk di kediamannya.

Kris ditahan Chaoyang pada 31 Julai tahun lalu selepas didakwa memperdaya wanita untuk melakukan hubungan seks.

Selain kes rogol, Kris juga didenda sebanyak 600 juta Yuan (RM375 juta) atas kesalahan mengelak membayar cukai menurut Perkhidmatan Cukai Perbandaran Beijing bagi Pentadbiran Percukaian Negeri.

Kris adalah penyanyi, rapper, pelakon dan model selain pernah menyertai EXO pada 2012.

Dia hanya sempat bersama EXO selama dua tahun sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2014 kerana tidak berpuas hati dengan perjanjian kontrak bersama SM Entertainment.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -dipenjara-13-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 01:24 AM | Show all posts
This guy lost everything & it is all his own fault.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 01:24 AM | Show all posts
This guy lost everything & it is all his own fault.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.241881 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list