CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1103|Reply: 5

Niezam Zaidi Aktif Ikut Tabligh, Nak Bertaubat Sebab Ibu Sakit

  [Copy link]
Post time 26-11-2022 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Niezam Zaidi memberitahu sedang mendalami ilmu agama selepas terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah pada Oktober tahun lalu.


Niezam atau Muhammad Niezam Mohd Zaidi, 30, berkata, dia juga bergiat aktif menyertai kumpulan tabligh sekiranya mempunyai masa lapang bagi mendekatkan diri dengan Allah.


Foto: IG




"Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka.


"Cara mereka membuatkan hati saya tersentuh dan mengambil keputusan menyertai mereka apabila mempunyai waktu terluang.


"Bagaimanapun saya tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklum sahaja saya berada dalam industri hiburan tetapi pada masa sama saya mahu berubah ke arah kebaikan," katanya kepada mStar.




  



Niezam berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Remp-It 2 baru-baru ini.


Dalam pada itu, Niezam berkata, keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik turut membuatkan dia sedar dan ingin membuat perubahan dalam hidup.


Malah situasi yang melanda dunia ketika ini turut menjadi asbab untuknya memperbaiki diri sebagai persediaan.




  



"Saya tak baik, jadi saya buat perkara baik. Situasi yang berlaku pada dunia ketika ini juga membuatkan saya terfikir kita tidak lama di dunia ini.


"Apabila ada satu turning point berlaku dalam hidup, saya tak boleh lagi mengikut kehendak diri sebaliknya perlu lakukan apa-apa kerana Allah," katanya.




  



Sementara itu, Niezam berkata, itu bukan bererti dia mahu meninggalkan dunia lakonan sebaliknya akan terus berlakon selagi bakatnya diperlukan.


Perubahan yang sedang dilakukan juga bukan bererti dia lebih bersikap selektif terhadap watak diberikan kepadanya.


Untuk rekod, Niezam pernah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah pada Oktober 2021. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapnyehhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka.

What do u want to say??
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berisi sikit heols... Apecer janda tak jadi beliau yang tersakiti tu ye? Masih berkemban or what??
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:51 PM | Show all posts
"Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka.


boleh percaya ke ni noreeennnn? entah2 scammer yihhhh ko tengok lah nek ani yang katanya ratu tu pon hujung2 scammer dapat suapan 35k dalam akaun maybank ni kan pulak entah mana2 bangla tetiba datang nak suruh orang join bagai? ko pegi la suruh kaum2 kau kat bangla tu join motip nak jugakk jadi pendatang masuk sini? sebab kaum ko sendiri pon tau ko tu scammer kan babi?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully bukan penunggang ya.. serem ya mostly org skrg suka pakai agama..

Apa2pun doa yg baik2 esp untuk ibu tercinta
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.540704 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list