View: 1214|Reply: 14
|
Polis Bagi Alasan 581 Kilogram Ganja Musnah Dimakan Tikus
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Polis bandar Mathura, dalam negeri Uttar Pradesh, India, mendakwa sehingga 581 kilogram (kg) ganja musnah akibat dimakan tikus semasa bahan terlarang itu dirampas dan disimpan di sebuah gudang di daerah Bareilly, lapor laman berita Wion News semalam.
Dakwaan tersebut dibuat selepas sebuah mahkamah khas di bawah Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (1985) meminta jabatan polis Mathura menunjukkan ganja yang dirampas dalam satu kes didaftarkan di bawah akta tersebut.
Hakim daerah meminta Superintendan Kanan Polis Mathura, Abhishek Yadav untuk menghapuskan ancaman tikus dan menunjukkan bukti bahawa haiwan pemusnah itu memakan 581 kg ganja yang bernilai AS$73,474 (RM327,514).
Gambar Hiasan
“Pegawai di balai polis Shergarh dan Highway mendakwa bahawa ganja seberat 581 kg yang disimpan di dalam gudang musnah dimakan tikus.
“Polis telah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi bahan tersebut yang disimpan di situ.
“Mahkamah telah mengarahkan polis mengemukakan bukti berkaitan dakwan itu dan menetapkan 26 November ini sebagai tarikh perbicaraan seterusnya,” kata pendakwa raya khas, Ranveer Singh.
Polis Mathura dalam penjelasannya kepada mahkamah memberitahu: “Meskipun bersaiz kecil, tikus tidak takut kepada polis. Pegawai di balai polis tidak boleh menjadi pakar untuk menyelesaikan semua perkara.”
Pada Mei 2020, tiga lelaki ditahan semasa cuba menyeludup ganja menggunakan sebuah lori, di mana ganja seberat 386 kg turut ditemui.
Namun, ketika mahkamah memerintahkan polis menunjukkan bukti ganja yang ditemui dalam rampasan tersebut, pegawai memaklumkan bahawa bahan terlarang itu juga telah dimakan tikus. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Apa rupa tikus mabok? Mesti x jumpa jalan pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Stone berdengung tikus2 tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
dam mara dam
ikka jaih hammmmmmmmm
hari krishna hari ram!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana tikus2 tu high eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila tikus makan daun ganja ni? Apakah daun tu diselaputi cheese bagai ?hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dadah tu confirm di jual semula dalam market. tikus xmakan dadah. sejahat jahat tikus dia makan rambut orang. |
|
|
|
|
|
|
|
India buat movie pasal polis malaysia ni korup,bila kene ban kt malaysia ko marah. Buatlah movie pasal polis ko sendiri yg korup |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 26-11-2022 08:16 PM
India buat movie pasal polis malaysia ni korup,bila kene ban kt malaysia ko marah. Buatlah movie pas ...
Adehhhh.......klau tgok filem tamil suma pulis sana x blh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Femes tul Uttar Pradesh ni ye.
Macam² hal berlaku sedari 2020 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
dah melambak movie sebegitu. diorg pun tk heran. serah kepada nasib gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan tikus kepala hitam pakai minyak rambut zam zam sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Tikus penagih.. kejap je kenduri ganja beratus kilo.. untung lah ko tikus high je hari2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|