CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

Piala Dunia: Ronaldo cipta sejarah pentas Piala Dunia

[Copy link]
Post time 26-11-2022 11:34 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO meledak gol pembukaan Portugal ketika menyempurnakan sepakan penalti sewaktu mereka menewaskan Ghana 3-2 awal pagi semalam. – AFP


DOHA – Tumpuan kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo tidak terjejas dengan kemelut lua­ran selepas membantu pasukan itu memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan ­menewaskan Ghana 3-2 pada aksi Kumpulan H awal pagi semalam.

Lebih menarik, Ronaldo turut mencipta sejarah tersendiri selepas menjadi pemain pertama meledak jaringan pada lima sai­ngan Piala Dunia yang berbeza selepas menjaringkan satu gol pada perlawanan di Stadium 974 itu.

Kata Ronaldo, fokus utamanya ketika ini adalah untuk membantu pasukan menjuarai trofi Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah dan apa yang berlaku di luar padang tidak menjejaskan mentalitinya ketika ini.

“Ini adalah detik yang saya nantikan kerana tiada lagi dalam sejarah seorang pemain boleh menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia. Lebih manis, pasukan berjaya melakar kemenangan dan itulah perkara yang paling penting,” katanya.

Sebagai rekod, Ronaldo te­lah mencetuskan kontroversi sebelum ini selepas mendedahkan secara terbuka tidak selesa dengan pengurusan kelab Manchester United sebelum ‘dipecat’ secara rasmi awal minggu ini.

Sementara itu, pengendali Portugal, Fernando Santos percaya pemain berusia 37 tahun itu masih berada pada tahap terbaik untuk membimbing rakan-rakan sepasukan mencapai sasaran yang ditetapkan memburu kejuaraan kali ini.

“Ronaldo adalah legenda Portugal walau apapun yang berlaku kerana dia seorang pemain yang mencipta fenomena tersendiri. Apa yang pasti, dia akan terus menjadi tulang belakang pasukan untuk kempen Piala Dunia kali ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... pentas-piala-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054041 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list